Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk hidup mewarnai dan mencorak kehidupan kita di dunia ini sebagai khalifah. Bersyukur juga kita kepada Allah SWT sentiasa memberikan nikmat yang besar kepada kita iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM dan pelbagai lagi nikmat. Alhamdulillah!
Kenapa perlu bersyukur dengan nikmat kedatangan tahun baru?
Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Hari ini, Allah sentiasa mencari hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur kepadaNya untuk ditambahkan lagi nikmat kepada mereka.
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, nescaya Aku akan MENAMBAH (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
[Surah Ibrahim ayat 7]
Jadi, marilah kita ucapkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah atas segala kurniaanNya kepada kita.
Tapi cukup ke sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH sahaja sebagai sambutan tahun Baru?
Tapi cukup ke sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH sahaja sebagai sambutan tahun Baru?
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Selain daripada dia mengucapkan Alhamdulillah, tanda orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah, adalah apabila dia menggunakan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya kerana Allah SWT. Sebagai contoh, hari ini, dia menggunakan harta atau wang yang dia kepada jalan Allah SWT seperti perbanyakkan sedekah, menyumbangkan kepada fakir miskin, membantu rakan-rakan, itu juga termasuk kepada tanda dirinya bersyukur kepada nikmat Allah SWT.
Cara lain hendak bersyukur kepada Allah?
Selain itu, antara tanda bersyukur seseorang itu kepada Allah SWT, adalah dengan dia sentiasa tajdid dan memperbaharui IMAN nya kepada Allah SWT. Dia akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperbaharui segala amalannya tahun lalu, supaya menjadi lebih pada tahun ini. InShaAllah.
Akhir kata, sentiasalah kita bersyukur nikmat kehidupan tahun baru kepada Allah, kerana sesungguhnya kepada Dia sahaja-lah yang kita layak bersyukur. Semoga sentiasa menjadi Mahasiswa yang bersyukur kepada Allah.
Wallahu'alam.
"Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi setiap orang yang beriman."
[Surah Az-Zariyat ayat 55]
Ikhlas daripada Biro Penerbitan dan Penerangan BADAR 12/13
No comments:
Post a Comment