Followers

Wednesday, January 2, 2013

MAHASISWA CAKNA ISU SYRIA.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni, Pengerusi Ulama' Syria.


"Setiap ummat Islam hari ini perlu memahami maksud sebenar-benar jihad." 

Begitulah kata-kata Syeikh Ulama' dari Syria, Prof. Dr. Muhammad Ali As-Soubuni hari ini menyeru kepada setiap ummat Islam untuk memahami maksud sebenar-benar jihad di jalan Allah supaya kita sentiasa cakna dengan isu-isu permasalahan ummat di negara-negara yang lain untuk menghulurkan bantuan kepada ummat Islam khusus di negara Syria yang mengalami pergolakan di bawah pimpinan Bashyar Assad, laknatullahi Alaih.

Beliau berkata, bahawa hari ini Ummat Islam di Syria amat dalam keadaan yang getir kerana sering ditekan oleh pimpinan Bahsyar Assad, yang memaksa mereka mengakui bahawa Bashyar Assad adalah Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain dia. Nauzubillahminzalik. 

Bashyar juga membunuh lebih ramai Ummat Islam yang berakidahkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Syria yang tidak mengaku bahawa beliau merupakan Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain dia. Penekanan seperti ini perlu diperhatikan oleh setiap Ummat Islam khusus kepada golongan muda seperti mahasiswa-mahasiswa Universiti untuk sedar dan sama-sama bangkit dan membantu rakyat Syria agar menentang kezaliman yang dilakukan oleh Bashyar Assad kepada rakyat-rakyatnya.

Gambar seorang kanak-kanak Syria berkecai mulut akibat ditembak oleh tentera Bashyar Assad.

Kekejaman dan kezaliman terhadap ummat Islam di Syria hari ini semakin menjadi-jadi oleh Bashyar Assad dan dibantu oleh puak-puak Syiah. Mereka jugalah yang menjadi dalang dalam membantu pimpinan Bashyar Assad dengan memberikan bantuan senjata, peluru dan kewangan dalam menekankan Ummat Islam di Syria hari ini.

Maka, adakah kita sebagai golongan mahasiswa-mahasiswi akan hanya berpeluk tubuh dan tidak ingin ambil peduli tentang ummat Islam yang lain?

Persoalan ini perlulah dipertanamkan dalam setiap ummat Islam khusus kepada golongan mahasiswa yang sentiasa cakna dengan Masalah Ummatnya.

Rasulullah SAW telah bersabda,

"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang ummat Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan mereka."

[Hadis Riwayat Thabrani]

Wallahu'alam.

"Jadilah mahasiswa yang sentiasa cakna dan mengambil berat dengan isu permasalahan Ummat."
Ikhlas daripada Exco Penerbitan dan Penerangan BADAR UTeM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...