Assalamu’alaikum w.t.b
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang untuk merencanakan satu lagi post,kali ini berkaitan dengan fadhilat korban di Aidiladha.Semalam 13 zulhijjah pastinya adalah tarikh terakhir untuk kita melakukan amalan yang sangat dituntut dalam Islam ini.Seruan untuk berkorban ini ada dinyatakan dalam Surah Al-Kautsar ayat 2:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.Semoga korban yang dilakukan diterima Allah SWT,In Shaa Allah..
Terima Kasih di atas sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Syria dan Vietnam bagi menjayakan korban di Syria dan Vietnam
|
Solat dan Korban Ikhlas Hanya Kerana Allah Semata-mata
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya” - Imam Ibnu Jarir
Korban yang dilakukan amat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT dan Allah amat menyukai orang yang melakukan korban.Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban yang dilakukan.
Seperti mana yang kita tahu,ibadah korban yang dilakukan kita amat berkait rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.Berdasarkan daripada peristiwa ini,dapatlah kita simpulkan beberapa kelebihan ibadah korban ini,walaupun hikmahnya hanya Allah yang tahu.
Hikmah korban:
- Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban
- Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Berkongsi merasai nikmat Allah SWT dengan golongan yang kurang bernasib baik dan miskin.
- Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Ibadah korban yang dilakukan kita pada masa kini berkait dengan sejarah korban yang dilakukan sejak zaman Nabi Adam a.s lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam.
Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia.Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.
Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.
Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno.
Bezanya korban dalam Islam adalah hanya untuk Allah SWT.
Akhir kalam,lakukanlah korban jika berkemampuan,Rasulullah dalam sabdanya amat tegas terhadap sesiapa yang tidak melakukan korban di kala ia mempunyai kemampuan.Korbanlah hanya untuk Allah dan bukan lain daripadaNya seperti untuk tujuan pemujaan.
Sekian, With Ukhuwah We Care.
Rujukan:
Artikel berkaitan:
No comments:
Post a Comment