Followers

Friday, April 24, 2015

MULIAKANLAH HARI JUMAAT

[Bismillahirrahmanirrahim]
[24 April 2015 / 5 Rejab 1436 ]




MULIAKANLAH HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan hari paling agung di sisi Allah SWT tanpa ada yang menyamainya dalam setahun kecuali hari Arafah. Kerana kedudukannya dari Jumaat yang agung di sisi Allah. Dia mengkhususkan namanya dalam Al Quran dengan satu surat al jumuah. Sejak solat Subuh, hari itu dipenuhi dengan kebaikan, berkah, dan pahala yang agung dari sisiNya.

Di Hari Jumaat ini, Allah SWT telah mensyariatkan solat Jumaat yang diagungkan Allah dalam kitabnya serta Allah mengagungkan pahala dan orang yang mengerjakannya, 
Allah berfirman ;


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang orang yang beriman ! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui 
(QS Al Jumuah 9)


Antara hadis dari Rasulullah SAW pernah bersabda, 

“ Diantara hari hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat. Di hari Jumaat, Nabi Adam As diciptakan, di hari Jumaat baginda wafat, di hari Jumaat sangsakala ditiup dan di hari Jumat makhluk pingsan. Kalian perbanyaklah berselawat kepadaku , kerana bacaan selawat kalian itu disampaikan kepadaku. Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah di bumi memakan jasad para Nabi 
(HR Ahmad, At Tirmidzi, Ibnu Hibban dan hakim)


Dari Aus bin Aus ra, Rasulullah SAW pernah bersabda;

”Barangsiapa mandi  seperti mandi junub di hari Jumat, kemudian bersegera dan berjalan kaki dan tidak menaiki kendaraan, lalu duduk mendekat imam, lalu mendengarkan khutbah dan tidak melakukan tindakan mahupun perkataan yang sia sia, maka dia mendapatkan untuk setiap langkahnya amalan setahun pahala puasa beserta solatnya"
 (HR Ahmad)


Diriwayatkan Abu Musa Al Asyari ra, dia mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda ;

” Semua hari akan diutus Allah SWT sebagaimana kondisinya dan hari Jumaat akan diutus bercahaya bersinar yang ahlu Jumaat mengelilinginya seperti pengantin yang memberikan hadiah kepada pasangannya. Jumaat menyinari Ahlu Jumaat sehingga mereka berjalan dalam pencahayaan Jumaat. Warna mereka seperti salju putih dan aroma mereka seperti harum misik. Mereka tenggelam masuk di gunung kapur, sedangkan Ats-Tsaqalani (Jin dan Manusia) melihat ke arah mereka tanpa berkedip karena kagum hingga Ahlu Jumaat memasuki Syurga. Ahlu Jumaat tidak bercampur dengan seorangpun kecuali al Mu’adzimun (orang orang yang mengumandangkan adzan) .” 
(HR Thabrani dan Ibnu Khuzaimah)


Sekian,
“With Ukhuwah, We Care”



Sunday, April 19, 2015

Solat 1 Tuntutan


Assalamualaikum.

Kata Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.
Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
BADAR UTeM mengajak semua mahasiswa/wi UTeM untuk sentiasa solat diawal waktu walaupun sesibuk mana pon kita. sibuk dengan projek akhir, kerja khusus, laporan makmal dan sebagainya tapi jangan kita lupakan solat itu tiang agama. Allah jualah yang memberi kita semua nikmat kejayaan dan kecemerlangan didunia dan diakhirat. moga-moga cuti ini kita sentiasa mempersiapkan diri untuk sentiasa memcari ilmu didada untuk sentiasa menjadi insan cemerlang dalam pelajaran malahan dalam agama itu sendiri. Ameen!
smile emoticon
"Menjana Mahasiswa Islam Professional"
"With Ukhwah We Care"

Umur Yang Dirugikan



Assalamualaikum.

Betapa mengecewakan apabila kita terbabas dari kesibukan. Namun tidak juga kembali menghadapNya. Dan apabila kita sedang ada sedikit rintangan, tidak juga berganjak menemuiNya.
Alangkah ruginya jika kita terus berada di takuk lama,tidak punya rasa mahu berubah. Tidak punya rasa mahu meningkatkan apa yang kurang. Tidak punya rasa mahu perbaiki amal dan iman.
Berhijrahlah dari yang buruk, kearah yang lebih baik,
Berhijrahlah dari malas, kearah yang rajin,
Berhijrahlah dari yang suka membuang masa, kepada yang suka penuhi masa dengan perkara berfaedah,
Berada di alam universiti bukanlah semata-mata untuk kita menguasai bidang akademik, tetapi perlu juga dipenuhi dengan ilmu dan kepakaran lain. Rugi jika kita tidak mengambil peluang yang ada di usia kita yang masih lagi bergelar pelajar ini, untuk menambah ilmu dan pengalaman beharga.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib diri mereka.” (Quran 13:11)
“With Ukhuwah, We Care

Friday, April 17, 2015

REHLAH

Assalamualaikum.

Selamat Sejahtera dan Salam Menjana Mahasiswa Islam Profesional. 

Pada 21 Mac 2015 yang lalu, BADAR UTeM telah mengadakan REHLAH [Rest, Harmony, and Let's Ahead] di Tasik Ayer Keroh, Melaka. Seramai hampir 90 orang peserta yang hadir bagi mengikuti aktiviti kami di sana. Antara aktiviti yang telah kami jalankan adalah seperti sesi pengisian oleh aktivis BADAR dan aktiviti berkayak. 


AJK mengedarkan sarapan pagi kepada peserta


Peserta sedang makan sambil taaruf (kenal-mengenal) antara satu sama lain


Pengisian dari aktivis BADAR, Akhi Akhir

Para peserta bersiap-siap untuk aktiviti berkayak 




Naziff, Exco Penerbitan dan Penerangan bersama sahabatnya





Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang mendaftar dan hadir untuk REHLAH bersama BADAR. Semoga ada pertemuan lagi di masa akan datang. 

Menjana Mahasiswa Islam Profesional. 
"With Ukhuwah, We Care."

Friday, April 10, 2015

Minat Membaca



Assalamualaikum w.b.t Sahabat-sahabat...

semoga berada didalam rahmat dan kasih sayang ALLAH..

Ilmu+ Amal + Taqwa = InsyaALLAH,redha ALLAH hingga ke syurga
Berdasarkan,kalam cinta ALLAH,

"Bacalah,wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk"
(Al-'Alaq :1)

Mengambil iktibar dari sirah Rasulullah S.A.W,dimana turunnya wahyu pertama yg meminta Baginda untuk membaca. Menurut Hamka mengenai kalam cinta ALLAH menerusi surah Al-'Alaq ayat 1,dimana, "iqra"-bacalah, yg menyatakan sudah terbuka kepentingan utama dalam perkembangan agama ialah menerusi amalan membaca.

Perkongsian bersama sahabat-sahabat mengenai 6 langkah memupuk minat membaca..

1)Lazimi membaca Basmallah -Dimulakan dengan 'bismillah',disudahi dengan alhamdulillah,begitu sehari dalam hidup kita,mudah-mudahan diberkati ALLAH (*sahabat,masih ingat x lagu ni ??

2)Mulakan dengan bacaan ringan -pada peringkat permulaan,mulakan dengan bacaan yg ringan dan   elakkan membaca topik yg berat.Bertujuan untuk mengatasi kebosanan akibat kurang memahami bahan bacaan yg berat.

3)Dampingi rakan ulat buku

4)Bina perpustakaan mini -tidak perlu sebuah bilik mini yg lengkap .ttpi cukuplh sekadar ruangan khusus yg ada rak-rak kecil untuk bahan bacaan.

5)Buat sasaran membaca -sasaran membaca untuk setiap tahun

6)Baca kisah hebat tokoh-tokoh. -sebagai contoh,kisah Hassan al-Lu'lu yg mementingkan amalan membaca..
jom amalkn membaca.. .tambah ilmu,tambah amal,tambah taqwa,inshaAllah,redha ALLAH higga kesyurga....

salam jumaat,bnyk kn berselawat dan jgn lupa al-kahfi..

"Menjana Mahasiswa Islam Profesional"
"With Ukhuwah, We Care."

rujukan gamba http://naziman.com/keutamaan-membaca-karya-dalam-bahasa-asal/
             artikal https://www.facebook.com/BADAR313UTeM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...