Followers

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya kita masih lagi diberi ruang dan peluang  untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Salah satu nikmat yang tiada pada penganut agama lain iaitu nikmat islam dan nikmat iman.

Mengikut kalender masihi InsyaAllah sekiranya diizinkan Allah kita bakal menyambut 1 Ramadhan pada 1 Ogos ini. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini ingin mengucapkan  selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dirindui kepada teman-teman pengunjung setia blog BADAR serta ahli BADAR dan tidak lupa juga kepada warga UTeM umumnya.  Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan kali ini, barangkali ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjengah kali ini, suka untuk saya kongsikan buat pengunjung setia blog BADAR berkenaan satu kisah yang mungkin sudah lama kita tinggalkan iaitu sejarah peperangan BADAR, peperangan ini berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Peperangan ini merupakan peperangan yang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai ‘Perang Badar’. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah.
Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran ‘Perang Badar’. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.
Allahurabbi, begitu besar pengajaran yang boleh kita ambil dari sirah Baginda Rasulullah saw. Syukur Alhamdulillah. Semoga kita mendapat manfaat dari kisah tersebut.

[Surah Al-Imran ayat 123]
“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”

Mohd Ridhwan Bin. Hj. Salamun
Naib Yang DiPertua 1
BADAR UTeM

Tuesday, July 26, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah.. segala kepujian tertinggi diutus buat Pemilik bagi segala pemilik, yang mencipta dan menjadikan segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Hanya Dialah ALLAH..Rabbul Jalil..Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Indah.

Ha! Sahabat-sahabat, sedar tak sedar Ramadhan akan menjelma lagi. Apa kata hati anda?? “Gembira ke? Tak Sabar-sabar ke?  Sedih ke? Atau tiada perasaan? Hmmm, tepuk dada Tanya Iman sendiri.. Bulan Ramadhan ialah Musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Tahukah anda sahabat-sahabat, setiap detik di bulan Ramadhan mengandungi keampunan dan keberkatan. Jadi apa lagi,jom kita sama-sama memperbanyak memohon keampunan kepada ALLAH SWT,moga-moga diterima ALLAH..Aminn. Kedatangan bulan yang mulia ini selalu dirindukan dan di nanti-nantikan oleh para pencinta ALLAH SWT dan bagi yang bertaqwa. Rasululllah SAW biasa berdoa:

 “ Ya ALLAH berkati kami dalam Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami Ramadhan” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

 Apabila sampai Ramadhan Kareem ni, para sahabat saling mengucapkan ‘Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan’ yang mana ertinya Selamat Datang Ramadan.

Menyambut Kedatangan Ramadhan dengan hati GEMBIRA
.
Wahai sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH SWT, sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajiblah mengambil peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin untuk meraih taqwa yang telah ALLAH janjikan dengan kedatangan Ramdhan Kareem ini. Sememangnya Ramadhan itu sendiri diprogramkan untuk melahirkan hamba-hambanya yang bertaqwa kepada ALLAH SWT agar lebih ramai yang berpotensi memasuki Syurga ALLAH. Moga-moga kita tergolong dalam golongan ahli jannah. Aminn.

Sahabat yang ku kasihi, jika sebelum ini kita jarang menyentuh Al-Quran mahupun membacanya, maka di bulan yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berhijrah dengan menjadikan Al-Quran itu nota penting yang selalu kita pegang, baca dan ingat selalu. Hal ini kerana Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Bulan di mana untuk kita kembali menghayati dan mengingati fungsi dan tujuan sebenar penurunan Al-Quran serta mengamalkan seluruh isi kandungannya. . Kegagalan umat Islam zaman ini memahami tujuan sebenar penurunan al-Quran serta mengamalkan seluruh isi kandungannya menyebabkan mereka lemah, berpecah serta dikuasai musuh. Memanglah di setiap rumah ada Al-Quran, tetapi sekadar perhiasan semata-mata. Betul tak? Itulah, dunia di akhir zaman. Sama-sama kita berhijrah ,ditujukan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat.

Di bulan Ramadhan ini, kerahkanlah segala tenaga yang ada untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan ibadah puasa kita,kerana puasa itu adalah perisai.

"Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa". [Riwayat Ahmad]

Kehadiran dan kedatangan Ramadhan ini bisa membuatkan kita berfikir sejauh mana tahap dan kesediaan kita di dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini. Adakah seperti bulan-bulan Ramadhan yang lepas? Mudahan-mudahan kali ini membuahkan sedikit kenikmatan serta penghayatan di dalam beribadah.
Mudahan-mudahan Ramadhan kali ini mampu mengubah akhlak dan mengembalikan Iman yang semakin pudar dan samar. Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redha-Mu. Amin...
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185) 



Saturday, July 23, 2011

Dah Sembahyang Ke????






"Sembahyang itu Tiang Agama"
"Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan"

Fadhilat Bulan Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah menciptakan satu malaikat yang sangat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayapnya dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta-juta air dari tubuh malaikat tersebut. Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

            Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi, akan tercipta satu malaikat lain yang mana setiap yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas nabi Muhammad SAW pada bulan syaaban pada hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu, rajin-rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
 

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

 Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)


Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)


Bertaubat

Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)


Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)
Description: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Friday, July 22, 2011

Our Flight

TICKET ONE WAY
"Do you have a reservation for your journey from this life to the here after?"

Flight Details:
Ticket Type: One-way
Price: Absolutely free (booking confirmed)
Passenger Details:
Name: One of the Children of Adam
Origins: From clay
Conditions of Travel:
Departure: From life on earth
Destination: Eternal life
Stop-over: Hotel (2 meters under the ground, for one person)
Flight Duration: From couple of seconds to several millions of years
Departure time:
Time of death: Exact time is unknown (but it can happen earlier than expected)
Arrival time: On the Judgment Day (not specified in the timetable)


Information About Interrogation
On the arrival to the hotel (grave) Incorruptible Auditors - two angels, Munkar & Nakir, will immediately start questioning. Three questions will be asked:
1. Who is your GOD?
2. Who is your Prophet?
3. What is your religion?
Questions will follow about your life on earth. For more information, refer to 27th ayah of Surat 'Ibrahim' of the Holy Quran.
LUGGAGE
  1. Despite the fact that the air transfers only one passenger at a time, there are some restrictions on the amount of baggage that you can take with you.
  2. You can take with you 5 meters of white cloth.
  3. Any items of material life of earth are strictly forbidden.
  4. Realistic luggage should consist of good deeds, modest behaviour and of well spent time on calling people to Islam.
Important instructions
All the passengers should remember that tickets are not exchangeable or refun dable.
This journey is compulsory for representatives of all races, nationalities and religions of all ages. Delays are not stipulated.

Captain
Angel of Death; will not compromise on changing the date and time of departure.

For more information:
Read instructions, which you can find in The Holy Qur’an and Sunnah, could also consult Aalims (scholars). Please do it as soon as possible.
During your journey you will not be provided with oxygen mask, as your breathing system will be terminated just before the departure time.
Additional instructions:
You don't need to take care of your boarding pass, passport and other travel documents.
To prepare for a comfortable flight:
- Pray 5 times a day.
- Read the Holy Quran.
- Follow the sunnah to the best of your ability and be ready for your flight, as you may have to depart any minute (even now) .


FINAL WARNING
Final destination depends on you!
Please do not waste your time on planet earth.
Remember, you have one-way ticket
Either to Hell or to Paradise.
Hence Read & practice the instructions from the manuals "Qur’an and Sunnah" carefully and follow to reach JANNAH.

Insha ALLAAH , With HIS Grace, We all meet there in the Gardens of Jannah.
[This article has been reproduced here from unknown source]

Sunday, July 10, 2011

A Sincere Letter Before Ramadan To Check Our Heart " A Clean Heart V/s A Sick Diseased Heart


A salaam alaikum, my beloved Brother M,

  I was thinking about you.  I worry about you and something so important came to my heart.

  Today we are living in a severely stormy life.  Family, our style of life, culture, and the  sickness of our hearts all contribute to this stormy life.  When you are in the middle of all this severe stormy condition, how can you have time and ability to reflect over your own heart?

  Today, we are very close to a lifetime chance of redeeming and rehabilitating ourselves.  Muhammed Rasoolalah sallalahu alaihi wa salam said, of the meaning of, “In the body is a flesh.  If it’s good, the whole body is good.  If it’s bad or sick, the whole body is sick.  It is the Heart.”

  My Beloved Brother, this letter to you is from my love to you and my responsibility with you to try to help you to stop and reflect, and to question the status of your heart and the status of your intention. 

  Once you do that, you will gain the power, the strength, the tranquility, the belonging and Allah will help you and support you in the stormy condition.

  If you win this battle against yourself and you become victorious inside, Allah will take care of the external battle and whatever is happening surrounding you.

  Please, like I always say, “Don’t blame the condition. Don’t blame the storm.  Allah is the owner of Condition.  Once we become a slave to Allah, he will take care of all our affairs.  He SWT will give us the victory inside and outside.”

  Remember, during Ramadan, you’re fighting only yourself, your Nafs, your Shaitan, the small one.  (This means, your own personal Shaitan.)  All the other times, all year long, you’re fighting yourself plus all the army of Shiateen. ( A very large number of Shaitan.)  The battle of your Nafts and Shiateen is small during Ramadan compared to the battle of fighting millions and millions of Shiateen the rest of the year. 

  There is a huge difference between going to the battle of fighting a few compared to the battle of fighting millions and millions and billions.  Your chance of winning against yourself and your Nafts in Ramadan is very great and much easier than any other time of year.              

   This means Ramadan is a golden opportunity to win and capture and clean up and to know who you are.  It’s not the storm or Shiateen; It’s my Nafts.  That’s why I am sharing with you all these verses of the Quran which emphasize the importance of the purification of your Heart, you Niya (intention) and your goal.  If you win it, Allah will allow you to win everything.  If you can not win the internal battle of the status of your heart, you can not win anything.

  My intention is for you to win, to gain victory, to succeed, to be elevated in this life and the Hereafter.  This you will never  be able to do so unless you win the battle within.  I hope you comprehend my message.  I’m adding all these verses which actually are a small amount compared to the rest of the verses in the Quran emphasizing the importance of the status of the heart.  

  If we are living or associating with sick people, sooner or later we will catch their diseases, especially if we already have some of what they have. And Remember! Prophet saws, he saws used to make Dua to Allah swt of the meaning of, 

  " Oh Allah swt, the One who change the condition of the heart. Hold tight in my heart." meaning, hold tight on my Eman, my Hidaya (guidance), my Niyah(intention). And do not snatch my Eman from me.

  Allah swt gives and Allah swt takes. He teaches in Qur’an, Chapter 3 Al-Imran, verse8 -----"(They say), "Our Lord! Let not our hearts deviate (from the truth) after You have guided us, and grant us mercy from You. Truly, You are the Bestower."

  This is what I saw in my life according to the teachings of Islam and the words of Allah swt. Why does Allah swt give some people Tawfiq(ability), but they can not receive it? Why can some stay steadfast ( istiqamah ) with Allah swt and Why do some keep going up and down without any ending?

  For the sake of all these questions, let me share with you some of the verses of the Qur’an related to the importance of holding tight in your heart with your Iman and niyah and the importance of not deviating from them.  Be careful!

  Please, my words are not intended to tell you, " You are not among the believers!" or "You are a Hypocrite!" or " You are a disbeliever!" or "You are a liar!" No!!No!!! I love you for Allah swt! You are my brother in Islam. You are my giant tree.
 I respect you and I admire you.I care for you and our relationship makes me responsible to share with you this knowledge to help you, to support you and to save you and guard you and to make sure you can succeed in your journey with the pleasure of Allah swt with Light of Allah swt.

  The following is something I learned. If the soil is corrupted, the soil is sick, or the roots of the tree are sick, then the whole tree becomes sick. Similarly, if the heart is sick, then the entire body is sick and the mind becomes sick. You loose your stability and the journey of Eman.  You can loose a lot.  Most of all, you loose your soul, your Eman, your guidance and your relationship with Allah swt. But if f the water for the tree is pure, the tree will have beautiful sweet crops.  It will be very healthy, benefiting itself and others.


  Please, take what I tell you from someone who loves you and wants the best for you.

The Momin’s heart is with Allah swt and holds tight to Allah swt, Begging Allah swt, remembering Allah swt. Don’t deviate!

  On the other hand, the disbeliever, munafakeen(the hypocrite) they are the ones who go up and down.

  At this time, before Ramadan, we should analyze, check, and question the status of our heart and what it contains.  We are surrounded by environment and genetic weakness.

  I consider this a crucial reminder for All the Believers on Earth, especially at this time of life towards the end of time and the amount of  Fitnas (tribulations) and darkness.  This makes out hearts very difficult to see (coursing veil of our hearts).

My intention is to be aware, awake, and examine you.

  If the heart is good, everything is OK, everything is all right. If the heart has problems, our whole life has problems.

  Again, please, read carefully what I am going to share with you. You might find some of my wording scary or hurtful at times.  But it can also be a beautiful reminder and wake up call to build strength and uplift on my journey of renewing my Faith, my Intention, and my priority in life.

Main reference:

Wednesday, July 6, 2011

Peristiwa Penting Isra' Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
Bismillahirahmanirahim

                                    Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam. Jom sama-sama kita haayti dan teladani peristiwa yang penting ini insyaALLAH…

1. Sebelum Israk dan Mikraj

     Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada , dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

     Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.              Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.             Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.            Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : 

~ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

~ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

~ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

~ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

~ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

~ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

~ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

~ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

~ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

~ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

~ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

~ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

~ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

      Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

~ Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

~ Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

~ Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

~ Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

~ Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

~ Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

~ Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

~ Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

~ Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

~ Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

     Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.


      Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

     Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

        Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:

Kitab Jam’ul-Fawaa`id
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...