Bertemu lagi kita dalam program terbesar Badan Dakwah dan Rohani iaitu Karnival Penghayatan Islam ke-5.Program pertama yang menjengah pengunjung pada Karnival Penghayatan Islam Ke-5 anjuran Badan Dakwah dan Rohani UTeM dengan kerjasama HEPA ini adalah ceramah Tausiyyah Rasulullah bertempat di mana lagi kalau bukan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM yang sudah menjadi rumah kepada persatuan ini.Diadakan pada hari Jumaat,penghulu segala hari,program ini sangat menarik bagi semua peserta yang hadir kerana berpeluang bersama –sama bermuhasabah diri dan berasa lebih dekat dengan Allah.Ustaz Ebit Lew yang menjadi penceramah pada program ini juga menceritakan riwayat atau kisah hidup Rasulullah yang sangat sempurna dan mengingatkan peserta untuk terus berdakwah di bumi Allah dan bersama-sama istiqamah dalam setiap perkara yang dibuat.
Sekitar Program Tausiyyah Rasulullah
Penceramah kita Ustaz Ebit Lew
NGO luar turut tidak melepaskan peluang
Diharapkan dengan program ini,mahasiswa dan mahasiswi UTeM dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian dan di kampus seterusnya menjalankan dakwah di kampus kerana setiap individu yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu berdakwah di samping menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar universiti iaitu untuk mencari ilmu dan menempa kejayaan di menara gading.
13 September 2014
Program seterusnya anjuran Badan Dakwah dan Rohani dan HEPA ini lebih bersifat outdoor dalam mengimplementasikan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian.Bertempat di Komplek Sukan,program ini mengajak para mahasiswa dan mahasiswi UTeM untuk sama-sama mengambil ibrah daripada sukan kegemaran Rasulullah SAW iaitu memanah dalam usaha untuk membawa Islam dalam diri masing-masing.Dalam konteks dakwah,penyampaian dakwah secara berhikmah ini mengikut cara dan keadaan semasa lebih berkesan untuk menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dan membawa Islam dalam diri masing-masing.
Sekitar Program Kenali Sunnah Archery
Taklimat oleh jurulatih En Zainuddin Bin Talib
Muslimat juga tidak melepaskan peluang
Semoga dengan kebaikan sukan memanah,sukan kegemaran Rasulullah SAW ini,para mahasiswa dan mahasiswi akan terus istiqamah dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian mereka.Rasulullah SAW sebagai modal dan idola para mahasiswa dan mahasiswi UTeM...
18 September 2014
Program ketiga anjuran Badan Dakwah dan Rohani dengan kerjasama HEPA melengkapkan trilogi Rasulullah SAW daripada BADAR dalam usaha untuk menyemai kecintaan mahasiswa dan mahasiswi terhadap Nabi Muhammad SAW,pemimpin umat yang terakhir.
Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM sekali lagi menjadi saksi kemeriahan program ini yang diadakan pada hari Jumaat,penghulu segala hari.Program yang bertujuan untuk menjawab persoalan yang membelenggu fikiran para mahasiswa dan mahasiswi ini menerima respon yang positif dengan pelbagai persoalan yang dilontarkan kepada penceramah kita,Ustaz Zamri Mantop dalam usaha untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang beragama,mencontohi Rasulullah SAW dan menjawab isu-isu yang membelenggu umat Islam masa kini.Medium Whatsapp memudahkan lagi tetamu rumah Allah ini untuk mengemukan soalan kepada penceramah kita.
Sekitar Program Forum Rasulullah:"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"
Ustaz Zamri Mantop
Alhamdulillah,ramai muslimat yang hadir
Persatuan lain juga tidak melepaskan peluang
Semoga persoalan-persoalan yang membelenggu para mahasiswa dan mahasiswi telah menemui jawapannya dalam program ini.In Shaa Allah program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan kerana kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi tidak pernah dapat lari daripada persoalan,masalah dan isu yang melanda dunia masa kini.
Kecintaan kepada Rasulullah SAW beralih pula kepada makanan sunnah Rasulullah SAW melalui program Bengkel Dapur Berasap yang dihoskan oleh Chef Nik Amrul.Melalui program ini,pelajar dapat mengetahui cara membuat masakan mudah yang merupakan makanan sunnah melalui pertunjukkan tiga menu sajian oleh Chef Nik Amrul.Bertempat di Arked Lestari,para peserta turut berpeluang mencuba membuat sendiri makanan sunnah ini.
Sekitar Bengkel Dapur Berasap
Peserta melihat dengan teliti
Tengok saje dah terliur..
Semoga peserta yang hadir dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam bengkel ini untuk mencipta menu sunnah yang lebih kreatif dan yang paling penting sihat untuk dimakan.
PROGRAM MINGGU INI YANG BAKAL MENJENGAH ANDA
Khamis,25 Sept
Man and Woman
oleh Ustazah Asni dan Ustaz Zulkifli Al-Bakri
Bertempat di Masjid UTeM,8-10 Malam
Jumaat,26 Sept
Pergi Tiada Pengganti
oleh PU Hafiz dan Imam Muda Nazrul
Bertempat di Tapak Konvo UTeM,8-10.30 Malam
Artikel Berkaitan:
No comments:
Post a Comment