Followers

Friday, July 18, 2014

Pencarian Lailatul Qadar Bermula..

Syukur kepada Allah SWT kerana kita sudah berjaya mengharungi sehingga hampir ke penghujung Ramadan dan Ramadan bakal meninggalkan kita.Adakah inilah Ramadan terakhir kita?Menjelang 10 malam terakhir Ramadan ini,marilah kita bermuhasabah diri setakat mana ibadat kita kepada Allah SWT,adakah ianya cukup?Inilah kelebihan yang Allah beri kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu Lailatul Qadar yang besar fadhilatnya kepada kita,sungguh Allah memahami kelemahan kita kerana Allah adalah penciptanya.

Keistimewaan malam ini sungguh terserlah berdasarkan riwayat daripada Ali bin Aurah:Pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun lalu para sahabat kagum.Kemudian turunnya ayat daripada Allah SWT yang lebih baik daripada amalan mereka itu.Malaikat Jibril a.s. pun membaca surah al-Qadr dan Jibril berkata ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan menjadikan Raulullah SAW dan para sahabat amat kagum.
Tweet: Pencarian Lailatul Qadar Bermula..
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/07/pencarian-lailatul-qadar-bermula.html
Bila terjadinya Lailatul Qadar?
Menurut pandangan yang paling kuat,ianya terjadi di 10 malam terakhir Ramadan.Ini dibuktikan berdasarkan hadith Rasulullah SAW:
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hikmah dirahsiakan tarikh sebenar Lailatul Qadar
Allah sengaja merahsiakan tarikh sebenar malam istimewa ini supaya kita merebut peluang ini dan berusaha mencarinya dengan bersungguh-sungguh kerana sesiapa yang mendapat malam ini seolah-olah telah beribadat seumur hidupnya.Walaubagaimanapun,ada yang menyebutkan bahawa terdapat tanda-tanda kemunculannya,tanda-tanda ini tidaklah begitu penting jika dia telah berusaha beribadat dengan bersungguh-sungguh.Selain itu,tanda-tanda ini mungkin sukar ditentukan dengan tepat berdasarkan keadaan cuaca di negara yang berbeza-beza.

Ini juga boleh dibuktikan daripada sabda Rasulullah SAW riwayat Aisyah r.a:
Rasulullah bersabda "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam akhir daripada bulan Ramadan."

Kesungguhan Rasulullah SAW beribadat pada 10 malam terakhir
Disebutkan di dalam hadith:
Ertinya : "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Hikmah malam Al-Qadar
Anugerah malam Al-Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW membuktikan betapa sayangnya Allah kepada umat akhir zaman ini yang diketahui lemah dalam beribadat di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu akan digandakan sehingga 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun.

Semoga dengan perkongsian ini,dapatlah kita cuba untuk berusaha memperbaiki ibadat kita dan juga meningkatkannya berbanding malam-malam sebelum ini supaya kita dapat berjumpa dengan malam istimewa ini..Insha Allah

Artikel Berkaitan:



Rujukan:
  1. http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/608-berkenaan-lailatul-qadar-jangan-lepaskannya.html
  2. http://www.islam.gov.my/en/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...