Followers

Friday, November 4, 2011

GEMPAR! Seksualiti Merdeka 2011

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbt.



Oleh: NURHUSNA ISMAIL, NYDP 2 BADAR UTeM


Alhamdulillah kita sudah melangkah ke bulan Zulhijjah, pada 9 Zulhijjah para jemaah haji akan berwukuf di Arafah, semoga Allah memudahkan urusan ibadah haji bagi para jemaah haji disana.

Sedar atau tidak kita telah di kejutkan dengan satu program di negara kita yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka


Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu perbuatan yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.


Firman Allah swt:


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri,  supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum:21)


Justeru, pihak BADAR UTeM, menyeru agar siswa siswi UTeM, dapat mengambil iktibar serta pedoman daripada fenomena ini. Seharusnya kita sebagai penganut agama suci ini kembali kepada fitrah dan takutkan azab Allah, kerana kita hanyalah hamba Allah, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Sama-sama kita beristghfar, bertaubat dan menyesali perbuatan kita, sekiranya kita merupakan antara yang pernah terjerumus ke dalam fenomena tersebut.

Di kesempatan, ini saya Nurhusna Ismail, mewakili seluruh saf pimpinan BADAR UTeM, ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha, sama-sama kita hayati kisah pergorbanan Nabi Ibrahim as dan puteranya Nabi Ismail as. Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Sekian terima kasih.

With Ukhuwah We Care

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...