Followers

Wednesday, November 30, 2011

KEM KEMBARA IMAN 2011

Pada 25-27 November yang lalu, Exco Kepimpinan dan Dakwah BADAR UTeM telah mengadakan program Kem Kembara Iman 2011. Program yang mendapat kerjasama HEPA ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan utama Kem Kembara Iman ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan cara hidup yang berlandaskan syariah Islam terutamanya kepada mahasiswa baru agar tidak mengalami kejutan budaya yang drastik setelah berada di universiti. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti yang dilaksanakan.
Program ini juga bertujuan untuk memberikan bimbingan dan panduan khususnya kepada para mahasiswa baru dalam pembentukan sahsiah pelajar. Dengan adanya program ini,  diharap agar setiap warga BADAR UTeM yang menyertai dapat memupuk semangat muhibbah serta mendapat pengetahuan yang amat berguna dalam hidup mereka.

BADAR UTeM juga mengharapkan agar program ini dijadikan platform warga UTeM untuk menerima perubahan yang lebih baik dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup serta pada masa yang sama menjadi medium terbaik untuk melatih kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi UTeM.

With Ukhuwah We Care


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...