Followers

Friday, November 4, 2011

"Tahniah BADAR. Fastaqim Kama Umirtu!"


Oleh: Nur Syawana Bte Murad,
Mantan NYDP 2 BADAR 09/10


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat IMAN dan ISLAM yang dikurniakanNya. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.

Untuk pengetahuan umum, alhamdulillah baru-baru ini BADAR sesi 2009/2010 telah dianugerahkan sebagai KELAB dan Persatuan yang paling aktif di UTeM. Saya selaku mantan NYDP 2 bagi kepimpinan BADAR sesi 2009/2010 mengucapkan mengucapkan syukur Alhamdulillah dan istghfar atas kurniaan ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penasihat kami Tn.Hj Razali kerana tidak pernah lupa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada kami semua. Begitu juga kepada En.Zakaria yang tidak pernah penat menghulurkan bantuan saat kami meminta pertolongan. Buat barisan mantan pimpinan BADAR 09/10, pimpinan BADAR 10/11, serta semua penggerak BADAR samada yang tercatat di atas kertas mahupun tidak, sesungguhnya hanya ALLAH yang bisa membalas segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan.

Sesungguhnya setiap apa yang dilakukan, janganlah kita harapkan ganjaran bahkan kita lakukan hanyalah semata-mata keranaNya. Segala pengalaman dan gerak kerja bersama adalah satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sepanjang berjuang dan berkerja ini, pasti banyak rintangan dan mehnah yang kita hadapi, semua itu adalah harga yang perlu dibayar untuk suatu perjuangan. BADAR mencorak langkah sebagai medium sebaran dakwah Islamiyah, kita memilih jalan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita bukan memulakan tetapi hanya sebagai mata-mata rantai perjuangan baginda, maka yakinilah akan janji ALLAH SWT.

‎"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)

Akhir kalam, buat pimpinan BADAR kini sesi 10/11, tahniah kerana terus mengembangkan dakwah ini, mengekalkan bahkan menambahkan kecemerlangan BADAR sebagai Badan Dakwah dan Rohani UTeM, semoga setiap usaha kalian diberkatiNya dan kita senantiasa istiqamah sebagaimana yang diperintahkan (fastaqim kama umirtu). Buat semua ahli BADAR, mereka yang menyokong BADAR, terima kasih dan teruskan sokongan ini. Sesungguhnya ISLAM mencintai kebaikan dan kesaksamaan, dan BADAR hanyalah menyebarkan cintaNya agar kebaikan sampai kepada semua. InsyaAllah, semoga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa dan bersama menuju jalan keredhaanNya. Syukran jazakumullah khairan kathir.



Saf pimpinan BADAR sesi 2009/2010

3 comments:

  1. Memegang ISLAM ibarat memegang bara api, demi memastikan ia terus membara, terus digenggam walaupun tangan terluka. InsyaAllah, yakinilah perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

    Dan perjalanan kita masih panjang....

    ReplyDelete
  2. BADAR bukan utk org baik2 shj..tetapi untuk menjdi baik..
    tahniah BADAR..Semoga ruh BADAR QUBRA 313 melekat dan tersemat dalam jiwa-jiwa kalian..
    terbaekk..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sekali islam selamanya islam..teringat kata2 seorang ustaz..dalam beragama kita kena bersungguh-sungguh..insyaAllah dengan kesungguhan setiap umat islam itu sendiri,roh islam akan terus tertegak di hati, di hati pelajar utem khususnya menerusi badar, insyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...