Followers

Tuesday, November 22, 2011

Terapi Sunnah: Cinta Sunnah, Cinta Rasulullah

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim



APA ITU BEKAM (Al-Hijamah) 

Teknik berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dan sebagainya.

Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia. Kerana itu banyak toksid / racun berkumpul . Dengan berbekam ianya dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

KEBAIKAN BERBEKAM
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. 
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. 
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.


Bagi merealisasikan amalan sunnah ini dalam kalangan warga UTeM, Exco Ekonomi dan Korporat BADAR akan menganjurkan program Terapi Sunnah 2 pada 23 dan 30 November 2011. Turut dijalankan, rawatan-rawatan tradisional yang dapat meningkatkan tahap kesihatan kita. Ayuh! Bersama-sama mencintai Sunnah Rasulullah.

With Ukhuwah We Care

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...