Followers

Sunday, December 8, 2013

PEMILIHAN PIMPINAN BADAR UTeM 13/14

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Kepada semua sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

Setelah setahun berlalu, sekian lama pimpinan BADAR UTeM berlegasi atas perjuangan dan amanah mereka, kinilah masa pencarian pimpinan BADAR UTeM yang baru sesi 13/14.

Bagaikan roda, tidak selalu di atas, dan tidak semua selalu di bawah, pelbagai menah dan trabulasi pimpinan BADAR UTeM berhempas pulas menggalas amanah mereka meningkatkan syiar Islam di bumi UTeM ini. Semoga segala usaha terima dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Allah SWT berfirman:

“Katakanlah wahai Muhammad,wahai tuhan pemilik kerajaan,engkau berikan kerajaan kepada siapa pun yang engkau kehendaki,dan engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang engkau kehendaki, engkau muliakan siapa pun yang engkau kehendaki, dan engkau hinakan siapa pun yang engkau kehendaki, di tangan engkaulah segala kebajikan, sungguh, engkau maha kuasa atas segala sesuatu” (surah Al-Imran : 26)

Dalam ayat ini kita boleh hayati betapa Allah boleh menarik amanah yang diberikan kepada orang lain kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan dia juga boleh memberi kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki kerana Allah sahajalah yang berkuasa atas setiap sesuatu. Maka, bersabarlah atas segala rahmat Allah, semoga segala ketentuan yang Dia aturkan terdapat hikmah yang besar di sisiNya.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pemilihan pimpinan BADAR UTeM kali ini akan diadakan pada 15/12/2013 bertempat di Pusat Pengajian Siswazah, UTeM. Bagi sesiapa yang berminat untuk meneruskan legasi pimpinan BADAR UTeM akan datang, boleh daftarkan nama, no telefon, dan no matrik sebagai calon pemilihan pimpinan BADAR UTeM yang baru pada Annual Grand Meeting kali ke 6.

Semoga pimpinan yang baru kali ini akan menerajui lagi dakwah di atas muka bumi UTeM dengan lebih rancak.

"With Ukhuwwah We Care"

Sunday, November 3, 2013

ISTIDRAJ

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaan dan rahmatNya, kita masih lagi dapat menikmati kehidupan ini. Kita masih lagi dipinjamkan nafas untuk meneruskan kehidupan dan yang lebih penting, bersyukur kita kerana masih diberikan dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan Islam. Tanpa kasih sayang Allah, entah berada di mana kita sekarang ini. Puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T. .Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Buat pertama kalinya dicoretkan sesuatu di dalam blog BADAR UTeM untuk dikongsikan bersama. 

ISTIDRAJ
Pernah dengar perkataan istidraj? Pernah ambil tahu apa itu istidraj? Atau istidraj itu ada dalam diri kita sebagai seorang Muslim?

Monday, October 14, 2013

Siapa Kita Untuk Menghukum?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah,segala pujian hanyalah buat Dia,Tuhan yang menciptakan segala kejadian di langit mahupun di bumi. Setinggi-tinggi kesyukuran juga dirafakkan ke atas Nya atas nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat mandan Islam. Sebelum itu,diucapkan selamat menempuh kehidupan baru sebagai mahasiswa/i Universiti Teknikal  Malaysia Melaka buat semua mahasiswa/i kemasukan baharu sesi 2013/2014. Tahniah kerana berjaya menyambung pengajian di peringkat  universiti!.

REALITI
“kau tak payah nak bajet baik sangatlah, kau tu dah confirm-confirm ahli neraka…”
“kau ni sampah masyarakat betul. Dah tau diri tu lelaki,bersifatlah macam lelaki. Tak cium bau syurga kot kalau jadi pondan ni…”
Pernah dengar dialog-dialog di atas?
 ATAU
Pernah keluar dari mulut sendiri kata-kata tersebut?
Tak perlu pandang kiri kanan atas bawah , point pada diri sendiri. Kalau pernah keluar dari mulut sendiri,istighfarlah..istighfar..

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM?
KAU INGAT KAU SIAPA NAK MENGHUKUM ORANG NI SYURGA,ORANG TU NERAKA?
KAU INGAT KAU TU CONFIRM SANGAT KE MASUK SYURGA KALAU AMAL KAU BANYAK?
JANGAN NAK PERASAN SANGAT…

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Janganlah kita sesekali menghukum insan-insan di sekeliling kita…kerja kita bukan menghukum sebaliknya kerja kita adalah menyeru mereka untuk kembali ke jalan yang benar.Yang berhak menghukum hanyalah Allah. Kadang-kadang kita ni cakap je lebih,tapi apa je tindakan yang kita sudah ambil untuk membawa mereka pulang ke jalan Tuhan?

Sebenarnya ada dalam kalangan teman-teman sekeliling kita yang bergelumang dengan dosa melakukannya dalam keadaan mereka tidak mengetahui atau bahasa mudahnya dalam keadaan yang jahil. Contohnya ada sahabat yang tak solat, pernah kita tanya sebab apa dia tak solat? Bila ditanya , rupa-rupanya dia memang tak diajar sejak kecil mengenai solat oleh keluarganya. Mungkin ada yang tak menutup aurat disebabkan tidak mengetahui wajib keatas kita menutup aurat. Dan boleh jadi, ada dalam kalangan sahabat kita ni teringin nak berubah tetapi sayang tiada siapa yang ingin mendorong dan menyokongnya. Jadi,jangan hanya cakap lebat, tapi apa pun tak buat. Nak mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah boleh dilakukan mengikut amarah, tetapi ia perlu dilakukan secara berhikmah. Takut kepada Allah, berharaplah sepenuhnya kepadaNya.

KITA SEMUA ADALAH PENDOSA…
Ya,kita semua adalah pendosa. Saya yang menaip entry ini, anda dan mereka, kita semua adalah pendosa. Baik yang bergelar ustaz, bertudung labuh, semua tidak lari dari melakukan dosa kerana kita dan mereka bukannya maksum atau terpelihara dari dosa seperti para nabi. Untuk kita pendosa, harapan masih ada. Selama mana nyawa masih belum sampai ke kerongkong, dan Kiamat belum tiba,  kita masih ada peluang untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya. Sebaik-baik pendosa adalah yang menyesali dosa-dosanya.

Firman Allah S.W.T.,
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar, ayat 53)

Segala yang tercatat hanyalah buah fikiran dari Nya namun mana yang buruk disandarkan pada kelemahan diri sendiri yang banyak cacat celanya. Wallahua’lam. Moga Allah redha.
^_^


SITI ZAINURIAH BINTI MOHD KAMARUDIN
EXCO PERHUBUNGAN FAKULTI DAN KOLEJ KEDIAMAN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Thursday, September 26, 2013

ANCAMAN KRISTIAN TERHADAP ISLAM

Assalamualaikum W.B.T
        Kairo, Mesir adalah salah satu negeri yang terunggul beberapa dekad yang lalu di mana kemajuannya hampir menyamai negara Romawi. Namun begitu, akibat kejatuhan pemimpin Islam, Ikhwanul Muslimin iaitu salah satu organisasi pembangkang di negara tersebut menimbulkan pergolakan bagi menentang pemerintahan yang menindas hak beragama mereka. Al-Quran telah membuktikan segalanya mengenai permusuhan Yahudi terhadap Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
       Sedar atau tidak, pada era 80an, pemerintahan Kristian di Mesir sudah pun bermula namun mereka hanya menggiatkan penyebaran risalah. Hasil bacaan Dokumen 2 dalam buku Nahmar Jamil berjudul ‘Menghadapi Ancaman Pengkristianan’, merungkai kaedah orang Yahudi meluaskan agama Kristian sejak abad tersebut. Terdapat satu teks ucapan yang dilakukan oleh Bapa Syanudah, Paderi Besar Qibti, Mesir dalam satu persidangan sulit dengan ketua-ketua paderi dan orang kaya di Gareja Markus, Iskandariah pada 5/3/1973 dan dirakam oleh pita khas.

       Bapa Syanudah menyampaikan berita yang menggembirakan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Beliau menghuraikan beberapa kegiatan yang dirancang dan matlamatnya :-

1)  Bilangan penganut gereja di Mesir.
Mengikut angka statistik bahawa bilangan orang-orang Kristian Mesir telah hampir mencapai 8 juta orang. Mereka harus mengetahui bilangan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan orang-orang Islam supaya dapat dijadikan alasan dalam sesuatu tuntutan terhadap kerajaan.
Rancangan umum yang dipersetujui membahagikan rakyat Mesir kepada 2 bahagian. Separuhnya kepada penganut Kristian dan separuh lagi kepada penganut Islam. Jangka waktu antara 12 hingga 13 tahun akan datang bermula daripada tahun 1973. Oleh itu, pihak gereja mengharamkan perancangan keluarga. Sesiapa yang berbuat demikian akan terkeluar daripada ajaran gereja dan tidak akan mendapat pengampunan rahmat daripada Tuhan.
Orang-orang Islam digalakkan mengamalkan perancangan keluarga. Kebanyakan doktor dan klinik 65% daripadanya ialah orang Kristian. Orang-orang Kristian digalakkan beranak banyak. Diberi bantuan berupa material dan moral terutama keluarga orang-orang Kristian yang miskin.
Menggalakkan orang-orang Kristian berkahwin muda. Mengurangkan perbelanjaan dan cukai yang bersangkutan dengan gereja. Gereja-gereja mengharamkan kepada pemilik-pemilik bangunan dan rumah-rumah sewa atau kedai-kedai orang-orang Kristian diberikan kepada orang-orang Islam. Sebagaimana orang-orang Islam harus diusir daripada menduduki bangunan-bangunan dan tanah-tanah kepunyaan mereka. Ini akan menyebabkan orang-orang Kristian meningkat di Mesir.

2) Kemenangan penganut gereja.
Meraka boleh meminta bantuan kewangan dariapada 3 sumber iaitu Amerika, Habsyah dna Vatican. Tetapi, rancangan ekonomi harus bergantung kepada pengumpulan kewangan sendiri dengan kerjasama dan derma daripada individu-individu rakyat beragama Kristian.
Demikian juga mereka harus menumpukan perhatian kepada pembelian tanah. Memberi pinjaman dan pertolongan kepada orang-orang yang mendirikan bangunan. Daripada angka statistik rasmi, terbukti bahawa kebanyakan 60% perdagangan Mesir dalam negeri berada di tangan orang-orang Kristian. Mereka harus menambahkan bilangan peratus itu dan merancangkan pada masa hadapan untuk memiskinkan dan merampaskan kekayaan daripada orang-orang Islam (Catatan : 90% daripada bar-bar, kelab-kelab hiburan, rumah-rumah pelacur, pajak-pajak gadai, pemilik syarikat insuran dan syarikat loter terdiri daripada orang-orang Kristian).

3) Aspek pendidikan.
Mereka harus menumpukan perhatian dan usaha kepada politik pendidikan sekarang bagi rakyat beragama Kristian. Khususnya kerana sesetengah masjid orang-orang Islam mulai menekankan pendidikan agama seperti yang dilakukan oleh gereja-gereja. Hasil jawatan yang dicapai oleh mereka amat membanggakan seperti kedoktoran, kejuruteraan dan klinik perubatan. Hampir 60% daripadanya berada di tangan mereka orang-orang Kristian.

4) Melipat gandakan usaha pendakwah Kristian.
Asas yang telah dipersetujui pada masa hadapan ialah menjalankan kegiatan pendakwahan Kristian dalam kalangan orang ramai untuk menggugat akidah orang-orang Islam. Tidak perlu mereka memaksa orang-orang Islam menganut agama mereka. Memadai bagi mereka merosakkan kepercayaan orang Islam terhadap kitab Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W. Kalau mereka berjaya melaksanakan rancangan itu, bererti mereka telah dapat menyingkirkan golongan tersebut daripada jalan yang menghalangi mereka.
 Kejayaan mereka tidak harus diketahui oleh orang-orang Islam kerana ia akan menyebabkan orang-orang Islam semakin sedar dan menggagalkan rancangan mereka. Mereka perlu menyusup dalam kalangan orang-orang Islam secara halus seperti turut bersama dalam perayaan keagamaan, hari raya serta mengucap tahniah kepada orang-orang Islam. Memperlihatkan sikap muhibah kepada orang-orang Islam baik dalam kalangan umum mahupun dalam kerajaan.

5) Beberapa tuntutan buat kerajaan Mesir tahun 1973.
-     Dalam protokol politik, kedudukan Paderi Besar Qibti Mesir hendaklah diletakkan di tempat kedua antara ketua negara dan perdana menteri. (Sudah berlaku)
-     Lapan jawatan menteri harus diberikan kepada mereka. (Sudah berlaku)
-     Seperempat jawatan Ketua-ketua Panglima Tentera dan Polis harus diberikan kepada mereka. (Sudah berlaku)
-     Seperempat Ketua-ketua Pengarah Awam seperti Ketua Pengarah Jabatan, Syarikat-syarikat, Portfolio-portfolio, Wakil-wakil Kementerian, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Majlis Perbandaran harus diberikan kepada mereka. (Hampir keseluruhan)
-     Dalam perlantikan di kementerian-kementerian, ibu-ibu kota dan pusat-pusat ketenteraan hendaklah mendapat persetujuan daripada Paderi Besar Qibti dan beliau berhak mencalonkan dan membuat pemindaan.
-     Membenarkan mereka dengan mendirikan sebuah stesen radio khusus untuk mereka sendiri.
-     Membenarkan mereka mendirikan sebuah universiti khusus untuk mereka, 
   dan mereka sudah menyediakan perancangan peruntukan.


ANTARA DALIL YANG MENGISAHKAN KEKUFURAN MEREKA.









TINDAKAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM.





Surah Ali-Imran ayat 103 ini menegaskan kepada kita bahawa jangan sesekali kita bercerai sesama kita. Politik di Malaysia menggambarkan permulaan perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam kita. Namun begitu, ia masih boleh diselamatkan andai kita menetapkan pendirian bahawa kita Islam. Wajib melaksanakan Rukun Islam dan Rukun Iman. Jangan sesekali mempercayai selain daripada saudara se-Islam kamu sendiri. Seperti firmanNya dalam surah Ali-Imran ayat 118.




Oleh itu, sebagai umat Islam di Malaysia, harus bersyukur akan nikmat Allah yang masih mengurniakan keamanan dan mengurniakan kebijaksanaan kepada pemerintah kita untuk mengeluarkan kita dariapada belenggu kuasa dunia. Walau bercanggah pendapat sekalipun, jangan sesekali kita berpecah kerana kita harus kuatkan Islam. Berdakwahlah secara berakhlak mulia kepada orang lain. Elakkan mengikut-ngikut orang lain dalam berilmu tanpa memikirkannya secara sendiri serta mengkajinya. Sebaliknya, cari ilmu atas niat dan kehendak sendiri dan wajib mengkajinya bagi mengelakkan mendapat ilmu yang sesat.
       Agenda pengkristianan di Malaysia agak kurang. Namun begitu, ajaran sesat seperti Syiah, Sunni, Khawarij dan sebagainya telah menunjukkan bahawa segelintir daripada kita yang kuat ilmu agama Islam juga telah menyesatkan kita umat pada Ad-Din yang diredhai Allah iaitu Islam. Kita adalah umat akhir zaman, ujian buat kita sangat berat. Pokok pangkalnya, kuatkan akidah kita. Perbetulkan niat dan asas fardhu kita terutamanya solat, InsyaALLAH. Sama-sama kita berukhwah dan bermanis muka supaya yang lain akan mengikut dan kembali kepada cara Islam yang sebenar, InsyaALLAH. Aminnn Ya Rabbal A’lamin.


NUR RAUDAH BTE ADAM
EXCO PERHUBUNGAN DIPLOMA
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Sunday, September 8, 2013

AKU JUGA BEGITU

Aku juga begitu. Aku pernah berazam penuh tekad tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Aku duduk bertaubat, menangis segala dosa yang aku kerjakan. Aku benar-benar menyesal. Aku menangis penuh rintihan, memohon kepada Allah agar diriku diampunkan.

Kemudian aku bangkit menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang ‘baru’. Insan yang mahu berubah ke  arah yang lebih baik. Sejak hari itu, aku mula merasakan ketenangan yang sungguh mendamaikan.

Tapi… entah mengapa, sungguh mudah diriku tewas dengan nafsu. Hanya dengan satu buaian keseronokan yang merosakkan, aku terus jadi lena tidak sedarkan diri. Padahal sebelum ini sudah berkali-kali aku diberi nasihat. Sama ada melalui al-Quran, hadis, ceramah, buku dan macam-macam lagi. Namun tetap juga lalai dan jatuh. Segala teguran yang meresap ke dalam jiwa hanya melekat sebentar sahaja.

Hatiku tidak ubah seperti daun keladi, tetap tidak basah walaupun disiram berkali-kali. Seakan-akan begitu yang aku rasakan. Lalu aku persoalkan : Mengapa? Mengapa begitu wahai diri?

“Nasihat yang bagaimana lagi yang kau mahukan agar dirimu berhenti bermaksiat? Mahukah kau melihat azab dibentangkan di hadapan matamu, baru kau betul-betul tersedar? Mahukah? Atau kau mahu malaikat Maut datang kepadamu terlebih dahulu baru kau betul-betul berubah?”

Persoalan itu selalu singgah menyapa diriku yang hina ini. Menegur diriku dan memuhasabahkan diriku. Juga membuktikan bahawa diriku masih punya iman dan harapan. Namun iman yang aku miliki terlalu lemah dan tidak bermaya. Mudah sangat goyah. Puncanya kerana apa? “Alaa,,, biasalah tu,,, kita manusia, bukan Malaikat, Iman kita sentiasa turun naik.”

Ya, itu Betul. Tapi kenyataan itu kadang-kadang hanya menjadi alasan buat diriku sehingga aku jadi tidak kisah dengan dosa. Aku tahu aku silap. Sepatutnya, aku perlu pulihkan dan tingkatkan iman walaupun tidak mampu istiqamah sepertimana malaikat. Tapi mengapa aku tidak boleh? Mengapa begitu mudah aku patah balik ke belakang?

Kini aku menyedarinya. Rupa-rupanya selama ini aku kurang bermujahadah, aku tidak kuat mentarbiyyah diriku sendiri. Aku kurang bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Aku tidak betul-betul serius meninggalkan dosa. Mudah kata, aku terlalu manjakan diriku.

Lalu apabila aku menyedari akan semua ini, aku melihat dan merenung kembali diriku dengan penuh harapan dan keazaman yang baru. Apa yang perlu aku buat tidak lain tidak bukan adalah dengan meningkatkan kualiti amal, perbanyakkan buat kebaikan, tinggalkan perkara-perkara lagho, serta rangka dan disiplinkan rutin harian yang baik.

Dan untuk buat semua itu, aku wajib belajar bertegas dengan diri sendiri. Jangan biarkan diri binasa lagi. Bertegas, bertegas dan bertegas. Bina kehidupan baru semata-mata kerana Allah dan teruskan memohon maaf kepada Allah serta yakin terhadap pengampunanNya.

Juga jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya. Kerana Allah memahami keadaan hamba-hambaNya dan bersedia mengampunkan segala kesalahan hambaNya. Sekiranya hambaNya benar-benar mahu diampunkan, Allah yang khabarkan sedemikian.

“ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [39:53]

Lagi pujukan dalam satu hadis Nabi s.a.w yang sangat menyentuh sanubari, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Seseorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku ampunilah dosaku”.
Lalu Allah azza wa jalla berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa dan dia mngetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, Aku ampunkan dosanya”.

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: “ Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku”.

Lalu Allah azza wa jalla berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa dan dia mngetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, Aku ampunkan dosanya”.
Kemudian dia melakukan sekali lagi dia berkata: “ Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku”.
Lalu Allah azza wa jalla berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa dan dia mngetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, Aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu, Aku ampunkan engkau”.                                                                    
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Jelas bukan? Rahmat pengampunan Ilahi sangat luas tanpa tandingan. Begitu agung kasih Allah kepada diriku dan diri kita semua. Begitu sayang Allah pada kita, si pelaku dosa. Rugi besarlah andai kita kembali ke belakang dengan tidak mensyukuri kurniaan pengampunan ini. Sungguh rugi, rugi serugi-ruginya. Itu yang aku akui…


RAHMAT BIN BAHAN
EXCO PERHUBUNGAN DIPLOMA
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Sunday, September 1, 2013



[ Lintas Langsung - Pendaftaran Mahasiswa Baru UTeM 2013 ]

Bermula sejak pagi, ramai mahasiswa/i telah mendaftar di Dewan Besar UTeM dan dianggarkan seramai 3000 orang yang akan mendaftar pada hari ini.

Kami dari Kelab Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) UTeM mengucapkan 'Selamat Datang' kepada mahasiswa/i baru ke UTeM dan mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami.

Semoga sentiasa memperbetulkan niat belajar kerana Allah SWT dan berusaha untuk mencapai segulung ijazah dengan jayanya sebagai seorang mahasiswa.

BADAR UTeM

"With Ukhwah We Care"

Saturday, June 29, 2013

INDAHNYA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT


رَبَّÙ†َا عَÙ„َÙŠْÙƒَ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ Ø£َÙ†َبْÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ الْÙ…َصِيرُ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"
    (Al-Mumtahinah : 4)



Doa Bertawakkal kepada Allah

Sentiasa merasa tertekan dengan segala ujian dan cabaran yang diberi-Nya.. Sedangkan setiap kesulitan yang diberi mempunyai hikmah tersembunyi yang pasti datang mengiringi..
Usaha dan kemudian tawakallah hanya pada Allah. Betulkanlah niat kita dalam bertawakal.. Usah lah berharap pada makhluk tapi memohon lah pada Allah SWT dalam mencapai kejayaan pada apa yang kita usahakan..
Insyallah kejayaan pasti datang mengiringi..

# Beberapa ayat al-quran mengenai tawakkal:-

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal : ayat 61)

(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaklah orang-orang yang beriman itu bertawakkal.
(Surah Ali-Imran : ayat 122)



Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
(Surah An Nahl: 41-42)

Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At Talaq : 3)



# Disini juga terdapat beberapa hadis yang menerangkan betapa pentingnya tawakal terhadap Allah:-

Dari Ibnu Abbas ra, “Hasbunallah wani’mal Wakil’ kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as ketika dilempar ke dalam api, dan juga telah dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika diprovokasi oleh orang kafir, supaya takut kepada mereka ; ‘Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan segala kekuatannya untuk menghancurkan kalian, maka takutlah kamu dan janganlah melawan, tapi orang-orang beriman bertambah imannya dan membaca, Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.” 
(HR. Bukhari)

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Rasulullah SAW senantiasa berdoa, ‘Ya Allah hanya kepada-Mulah aku menyerahkan diri, hanya kepada-Mulah aku beriman, hanya kepada-Mulah aku bertawakal, hanya kepada-Mulah aku bertaubat, hanya karena-Mulah aku (melawan musuh-musuh-Mu). Ya Allah aku berlindung dengan kemulyaan-Mu di mana tiada tuhan selain Engkau janganlah Engkau menyesatkanku. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah mati, sendangkan jin dan manusia mati. 
(HR. Muslim)

Sebagaimana yang terdapat dalam hadits no 5, dalam kitab Riyadhus Shalihin. Dimana dikisahkan pada saat perang Dzatur riqa’, ketika Rasulullah SAW sedang beristirahat di bawah sebuah pohon, sedangkan pedang beliau tergantung di pohon. Ketika tiba-tiba datang seorang musyrikin yang mengambil pedang beliau sambil berkata, siapa yang dapat melindungimu dariku?. Namun dengan sangat tenang Rasulullah SAW menjawab Allah. Setelah tiga kali bertanya, tiba-tiba pedang yang dipegangnya jatuh. Lalu Rasulullah SAW mengambil pedang tersebut seraya bertanya, sekarang siapakah yang dapat melindungimu dari ku?
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Nabi SAW bersabda : “Akan masuk syurga 70,000 orang dari kalangan umatku tanpa dihisab”, mereka berkata : Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab : “Mereka ialah orang tidak mengubati dirinya dengan ruqyah (jampi), tidak percaya kepada petanda baik atau buruk (dengan melihat burung dan sebagainya) dan tidak membakar bahagian tubuh yang sakit dengan besi panas. Mereka bertawakal kepada Allah semata-mata”. 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-imam Ibnu Atoillah As-sakandari menyebut dalam kalam hikmahnya yang ke 6 mafhumnya :

" Janganlah sekiranya lambat kurniaan Allah di dalam doa yang bersungguh-sungguh menyebabkan kamu berputus asa. Allah menjamin kepadamu untuk memperkenan doamu mengikut pilihan Allah untukmu bukan mengikut pilihanmu, mengikut waktu yang dikehendaki oleh Allah bukan mengikut waktu yang kamu kehendaki "

Sebagai hamba Allah, hendaklah kita berdoa dan memohon kepadaNya. Ini menjadi petunjuk bahawa kita sentiasa bergantung dan tidak melepaskan diri daripada Allah SWT. Jaminan Allah bagi mereka yang bermohon pasti akan diperkenankan. Seorang hamba tidak sepatutnya meyakini sepenuhnya usaha makhluk dan menafikan pergantungan kepada Allah. Sekalipun usaha makhluk itu nampak meyakinkan dan hebat di mata manusia.




Mudah-mudahan ianya menjadi inspirasi buat semua yang berjuang untuk beroleh kejayaan dan kemenangan di dalam pencapaian di dunia. Lebih penting dari natijah dunia adalah natijah akhirat yang pasti tidak ada siapa yang mampu menjangkakannya. Natijah di dunia dalam segala usaha yang kita lakukan bukan penentu kepada kemuliaan dan kehinaan di sisi Allah SWT. Sekalipun natijah yang diperolehi adalah menyakitkan untuk kita, namun andai di sisi Allah ianya adalah kemuliaan, tiada lagi yang lebih besar dari harapan tersebut. Moga sama-sama diriku dan dirimu mengerti.

 
Sebenarnya antara punca kegagalan dan juga kesusahan yang selalu menimpa kehidupan kita antaranya ialah kealpaan insan dalam menyerahkan segala urusan kepada kepada Yang Maha Berkuasa. Kita terlupa untuk menjadikan tawakkal dan harapan sebahagian dalam bentuk perancangan kita. Sekalipun kita mempunyai perancangan yang teliti dan teratur, namun tanpa dua elemen ini akan menyebabkan lemah emosinya serta tidak redha dengan kemungkinan yang akan menimpa.
Konsep tawakkal dan meletakkan harapan kepada Allah akan mengangkat martabat insan serta meningkatkan nilai spiritual meskipun perancangan kita menemui kegagalan atau mungkin kita menerima musibah yang sangat berat, bencana alam, kematian orang yang tersayang. Tawakkal kepada Allah juga dapat mendatangkan rezeki sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam hadis di atas. Rahmat dan kasih sayang Allah SWT akan sentiasa bersama kita seandainya kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepadaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“….barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan penyelesaian. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendakinya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Contoh dan tauladan yang baik ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ketika bersama dengan Abu Bakar r.a di dalam gua persembunyiannya, sedang Abu Bakar merasa bimbang dengan keselamatan Nabi s.a.w dengan perasaan yang lebih berat daripada kebimbangannya terhadap keselamatan dirinya sendiri. Abu Bakar berkata:
“Wahai Rasulullah, seandainya seseorang di antara mereka melihat kita berdua. Kerana itu, tiada laian di antara kita dan kebinasaan selain hanya pandangan (mereka) ke arah bawah.” Baginda s.a.w dengan tenang: “Wahai Abu Bakar, bagaimanakah sangkaanmu terhadap dua orang sementara pihak ketiganya adalah Allah SWT. (HR Bukhari).

Inilah tawakkal dan harapan yang hakiki. Meletakkan pertolongan dan menyerahkan segala keresahan dan kebimbangan kepada Allah SWT.

Saturday, June 15, 2013


[QIAMULAIL | DATE WITH HIM]

15 JUN 2012

Assalamu'alaikum wbt.

Pada 15 Jun 2013, pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR UTeM) ingin menjemput kepada semua mahasiswa/i untuk menghadiri satu program seperti berikut:

Program: Qiamulail (Let's Date With Him)
Tarikh: 15-16 Jun 2013
Masa: 6.30 pm - 7.00 am
Tempat: Masjid Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, UTeM.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah disusun di dalam program ini adalah seperti solat berjemaah, perkongsian, solat sunat Hajat, slot muhasabah, dan qiamullail.

Sebagaimana Allah telah rakamkan firman-Nya di dalam Al-Quran,

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, selain dari sedikit masa (untuk berehat)."- Surah Muzammil, 73; 1-2

Oleh itu sentiasalah kita sama-sama berusaha untuk bangun bersolat tahajjud, berzikir, membaca al-Quran setiap hari supaya diri kita sentiasa dekat (taqarrub) kepada Allah SWT dan supaya Allah sentiasa permudahkan segala urusan kehidupan hambaNya.

"With Ukhwah We Care"






[SAVE SYRIA | LET'S PRAY FOR THEM]

14 JUN 2013

Seumpama abang dan adik yang terikat dengan ikatan akidah yang sama, mereka akan saling sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Begitu juga sebagai orang Islam yang mentauhidkan Allah yang Maha Esa, kita juga disyariatkan untuk sentiasa cakna dan mengambil berat dengan saudara seagama yang lain. 

Hal ini sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya,
"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka"
Sekian saban hari, peristiwa rakyat Syria yang berpegang mazhab sunni (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) telah dirobek dan dicemarkan maruah mereka oleh puak Syiah yang bertentangan dengan mazhab mereka. Dengan sokongan musuh Islam yang lain juga seperti Iran, Amerika Syarikat, Russia telah bergabung dengan puak Syiah yang dipimpin oleh Bashar Al-Assad telah menyerang rakyat mereka sendiri yang berpegang dengan mazhab sunni. 


Tujuan utama mereka adalah memurtadkan lebih ramai lagi rakyat Syria yang bermazhabkan sunni dengan memaksa Bashar Al-Assad adalah sebagai Tuhan. Tidak cukup dengan itu, kaum wanita juga dirogol dan dirobek maruahnya oleh tentera-tentera Bashar Al-Assad laknatullahi alaih( Allah melaknat ke atas mereka).

Pada 14 Jun 2013, pengerusi kesatuan Ulama' Dunia telah menetap tarikh ini sebagai hari untuk Syria. Justeru, pihak BADAR UTeM ingin menyeru kepada semua mahasiswa/i, sama-sama kita menunjukkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Syria di samping sentiasa bermunajat dan mendoakan kepada rakyat dan mujahidin Syria di sana  kepada Allah SWT agar Allah menghancurkan rejim zalim Bashar Al-Assad di samping memberikan kemenangan kepada mujahidin Syria.

"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti juga."

[Hadis Riwayat Muslim]

Mari panjat doa dengan penuh pengharapan untuk Syria. Doa senjata orang-orang yang beriman.

"With Ukhwah We Care"

Sunday, June 9, 2013




[BADARSHARE]

Bulan peperiksaan datang lagi! 

Bersempena dengan itu, saff kepimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) UTeM ingin mengucapkan ‘Selamat Menghadapi Peperiksaan’ kepada semua mahasiswa/i Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang bakal menduduki peperiksaan semester pada bulan ini. 

Semoga segala persediaan yang lengkap telah dibuat sebaiknya untuk memperolehi keputusan yang cemerlang untuk semester yang kali ini. Bak kata pepatah arab menyebut, “Man jadda Wa jada.” Siapa yang berusaha dia akan berjaya! 

Di samping itu, sentiasalah meletakkan doa dan tawakkal (berserah diri) yang tinggi kepada Allah SWT atas segala usaha yang telah dilakukan kerana segala usaha yang kita telah lakukan itu adalah milik kekuasaan-Nya dan Allah jualah yang berhak menentukan segala-galanya.

Bitauffiq wan Najah fi Imtihan. 
Semoga berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan! 

“With Ukhwah We Care.”

Lawati group facebook kami : https://www.facebook.com/groups/155844681028/


Thursday, June 6, 2013

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' MIKRAJ





















[BADARSHARE]

Bersempena dengan 27 Rejab 1434 H bersamaan 6 Jun 2013 ini, pihak BADAR UTeM ingin mengucapkan ‘Selamat Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mikraj’ kepada seluruh mahasiswa/i Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Peristiwa Isra’ Mikraj tidak asing di dalam diri setiap orang Islam yang mana di dalam peristiwa ini, Allah telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram sehingga ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke sidratulmumtaha untuk bertemu dengan Allah pada malam hari. 

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana pada tahun tersebut bapa saudara baginda Nabi Muhammad SAW, Abu Talib, dan isteri baginda, Siti Khadijah Al-Walid yang sentiasa menjadi pendokong kuat kepada dakwah baginda Nabi Muhammad SAW telah meninggal dunia. Pada tahun tersebut juga Nabi Muhammad SAW pernah berhijrah ke Taif untuk menyeru penduduk Taif agar mentauhid dan mengesakan Allah SWT tetapi dakwah baginda telah ditolak dan diusir oleh penduduk Taif.

Antara ibrah/pengajaran yang boleh diambil di dalam peristiwa Isra’ Mikraj oleh umat Islam:

1. Keredhaan atas segala ujian Allah SWT. Rasulullah telah menunjukkan keredhaan baginda atas segala ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT ketika mana dakwahnya tidak diterima oleh penduduk Taif dan kematian pendokong kuat bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya, Siti khadijah.

2. Sentiasa memaafkan orang lain. Walaupun Allah telah mengutuskan Malaikat untuk membalas perbuatan penduduk Taif, tetapi Rasulullah SAW telah memaafkan perbuatan mereka atas apa yang mereka tidak ketahui.

3. Selalu menghadiri ke Masjid sebagai mencari sakinah (ketenangan). Allah SWT telah memperjalankan Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram sehingga ke masjidil Aqsa untuk mengajar manusia agar sentiasa menghadiri masjid/surau supaya berasa dekat dan tenang berada di dalam tempat beribadah.

4. Mengutamakan solat fardhu sebagai ibadah utama. Dalam peristiwa isra’ mikraj , ibadah solat menjadi wahyu yang utama diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai tiang agama juga menjadi perkara pertama dipersoalkan di hari akhirat kelak.

5. Menyakini setiap apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW. Sejurus selepas peristiwa isra’ mikraj, Nabi Muhammad SAW telah kembali kepada umatnya dan menceritakan peristiwa tersebut. Pada ketika itu Abu Bakar As-Siddiq, sahabat Nabi Muhammad SAW sentiasa membenarkan dan menyakini setiap apa yang diperkatakan oleh SAW sehingga diberi gelaran ‘As-Siddiq’.

Semoga kita sentiasa memperingati peristiwa isra’ mikraj sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai murrabbi yang terulung di dalam diri untuk dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh tauladan yang terbaik).

As sollatul ‘ala Nabi. Mari banyak berselawat ke atas Rasulullah SAW. 

“With Ukhwah We Care”

[Sumber Rujukan: Kuliah Maghrib, Ustaz Najib Kasim]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...