Nuzul bermaksud turun dari atas ke bawah
Malam jumaat 17 Ramadan telah menjadi hari yang cukup bersejarah kepada seluruh umat manusia di mana Allah telah menurunkan seluruh Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum disampaikan pula secara berperingkat-peringkat kepada baginda Rasulullah SAW selama 23 tahun.
Al-Quran bererti bacaan atau himpunan
Al-Quran adalah panduan hidup utama umat manusia kerana di dalamnya sudah terhimpun pelbagai perkara yang meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah,ini termasuklah sains dan teknologi.Tidak ada satu pun yang tertinggal dalam Al-Quran.Senang kata,segalanya ada di dalam Al-Quran,cuma tinggal untuk pembacanya mengkajinya sahaja.Ini dibuktikan dengan firman Allah bermaksud:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi ,dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka(untuk dihisab dan menerima balasan) - Surah Al-An'am:38
Al-Quran pembawa rahmat kepada seluruh umat manusia
Firman Allah:
Iktibar daripada Nuzul Al-Quran
Penurunan Al-Quran ke langit dunia ini mengajar kita bahawa kitab yang akan disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia ini adalah datang daripada Tuhan dan merangkumi semua perkara termasuk hal keduniaan kerana dunia ini dicipta oleh Allah SWT.
Penurunan Al-Quran ini juga didahului dengan surah Al-Alaq yang menyimpulkan kepentingan pembacaan dan penulisan dalam menguasai ilmu pengetahuan.Umat Islam sepatutnya menyemai budaya membaca Al-Quran sejak daripada kecil.
Selesai dengan pembacaan,umat Islam perlu pergi ke tahap seterusnya untuk mengkaji,menyelidiki, dan mencari rahsia Al-Quran kerana ilmu ini akan menjadi kunci kepada kemajuan umat Islam berbanding bangsa-bangsa lain seterusnya mengeluarkan umat Islam daripada belenggu kejahilan dan penghinaan.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai hari agung ini di mana kitab agung diturunkan ke langit dunia.Semoga kita semua mengambil iktibar dan cuba memperbaiki diri kerana tiada siapa yang sempurna..Marilah sama-sama kita memeriahkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna pembacaan kita..Insha Allah.
Artikel Berkaitan:
Rujukan
- http://www.islam.gov.my/en/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar
- http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/sejarah-nuzul-al-quran/
No comments:
Post a Comment