Followers

Friday, October 31, 2014

10 Muharram Terselit Satu Perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Badarian dan warga UTeM sekalian..

Berada di bulan Muharram ini,sedar tidak sedar 10 Muharram bakal menjengah kita tidak lama lagi..Dinamakan sebagai Hari Asyura,ia merupakan satu tarikh yang cukup banyak menyimpan kisah kegemilangan bagi perjuangan gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.Tidak hairan lah bulan Muharram ini dinamakan bulan Allah(syarullahi) oleh junjungan tinggi Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Antara peristiwa yang berlaku pada tarikh ini adalah:

Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini,bolehlah kita mengambilnya sebagai satu iktibar buat diri kita.Pelarian Syria di kem-kem ketika ini akan menghadapi musim sejuk dan mereka amat-amat memerlukan bantuan dari kita semua tidak kiralah dari segi bantuan pakaian mahupun kewangan.Marilah kita semua berusaha membantu mereka sedaya upaya kita,semoga bebanan mereka akan sedikit tertanggung..In Shaa Allah

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).




Janji Allah itu pasti,kemenangan akhirnya akan kembali kepada yang benar..sama ada kita mahu turut serta dalam perjuangan ini atau tidak,pilihan itu terletak pada tangan masing-masing.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua..

Amalan sunat yang boleh dilakukan pula adalah:




Pada hari Isnin minggu hadapan adalah tarikh 10 Muharram 1436 hijrah...Kita digalakkan berpuasa pada hari tersebut,besar ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT bagi sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura..Biasanya kita menyambut hari tersebut dengan mengadakan gotong - royong memasak bubur asyuraa,kurang sekali yang menyambutnya dengan berpuasa sunat.Tidak salah bersedekah dengan memberi bubur asyuraa kepada orang ramai,dapat pahalanya tetapi tak nak ke kita merebut ganjaran yang lebih besar dengan mencantikkan lagi amalan kita dengan berpuasa pada siang hari dan menjamu orang ramai dengan bubur asyuraa pada malam hari..kan..

Tingkatan berpuasa ‘Asyura yang disebutkan oleh para ahli fiqh

Para ulama membuat beberapa tingkatan dalam berpuasa di hari ‘Asyura ini, sebagai berikut:
  • Tingkatan pertama: Berpuasa pada tanggal 9, 10 dan 11 Muharram.
  • Tingkatan kedua: Berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram.
  • Tingkatan ketiga: Berpuasa pada tanggal 10 dan 11 Muharram.
  • Tingkatan keempat: Berpuasa hanya pada tanggal 10 Muharram.
Marilah kita semua merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini..rugi kalau tak buat,besar ganjarannya



Sekian,With Ukhuwwah We Care

Rujukan:

Thursday, October 23, 2014

Muharram Permulaan Baru Bagi Kita

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat UTeM serta BADARian yang dikasihi oleh Allah swt…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang masih memberi kesempatan ini untuk bertemu tahun baru yang akan datang tidak lama lagi ini.

Tahun baru? Bukan tahun baru bulan Januari nanti ke?

Itu kalau ikut kalendar Masihi la kan,tapi sebagai seorang Islam,kita perlu tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam Sistem Kalendar Islam(Hijriah).

Kenapa nama bulan ini Muharram?

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah.

Hmm..kenapa bulan Muharram?

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sejarah Permulaan Sistem Kalendar Islam(Hijriah)


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu.Ada riwayat yang mengatakan bahawa ini berikutan turutan daripada kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam ketika itu.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Kalendar-kalendar yang digunakan sebelum ini adalah berasaskan peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa apa agaknya ye...

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.

Peristiwa penting apa yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa bulan Muharram adalah bulan Allah?



  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:



  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
Bulan yang mulia ini tidak patutlah disia-siakan oleh kita,dibiarkan berlalu tanpa amalan kerana ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT cukup besar bagi mereka yang mengetahuinya.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 



Rugi serugi-ruginya kalau kita tidak mengambil peluang ini kerana janji Allah itu pasti.Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya,In Shaa Allah..

Sekian,With Ukhuwah We Care

Rujukan:





Friday, October 17, 2014

Exam Sebagai Jalan Menuju Redha Ilahi

 Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat UTeM serta BADARian yang dikasihi oleh Allah swt…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang masih memberi ruang dan peluang untuk terus berkongsi ilmu,berkongsi idea serta pandangan di ruangan ini..Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, dan sahabat baginda..


Post kali ini berkisar sekitar peperiksaan mid term yang bakal dihadapi oleh sahabat sekalian,mungkin ada yang sudah pun mula menghadapinya.Peperiksaan merupakan satu medan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya di bilik kuliah dan di lab.Bagi kebanyakan pelajar,ini adalah definisi biasa.Sebagai pelajar Islam,kita perlu cuba keluar daripada skop definisi ini dan menjadikan peperiksaan yang dihadapi sebagai jalan menuju keredhaan Allah SWT kerana kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita belajar dan dapat adalah daripada Allah SWT.Kita sebagai seorang Islam perlu menjadi seorang yang berilmu kerana dengan ilmu sahaja kita mampu berjaya di dunia dan di akhirat.
islamic-testi.blogspot.com

Ada di antara kita menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang dipelajari dengan terlibat dalam perbincangan di dalam kelas,melakukan homework,assignment dan projek dengan baik tetapi apabila bercerita tentang bab ibadahnya,semuanya tunggang terbalik.Kita sepatutnya semakin kita minat terhadap ilmu yang dipelajari,keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT juga semakin bertambah.

Exam bukanlah segala-galanya.Adakah kita akan gagal dalam hidup jika kita gagal dalam exam,tidak kan? Elakkan lah budaya meniru terutama ketika membuat homework,assignment dan sebagainya kerana kita akan terbawa-bawa tanpa kita sedar hingga ke dalam dewan peperiksaan.Kesalahan itu mungkin kecil,remeh bagi kita tapi tidak bagi Allah.

Allah tidak lihat result kita,Allah hanya melihat usaha kita
Kebanyakan daripada kita akan rasa down apabila tidak pandai dalam apa yang kita belajar.Sebagai pelajar Islam,mesti ada terdetik dalam hati kita untuk menjadi orang yang berilmu supaya kita dapat menyumbang untuk Islam,sentiasa tetapkan tujuan kita belajar adalah kerana Allah SWT kerana dengan itu,kita akan sentiasa bangkit semula untuk terus dan terus berusaha. Allah tidak melihat result kita,Allah hanya melihat usaha kita.Semoga dengan segala usaha kita, kita akan mendapat bahagian kita di akhirat..amin

Bagi mengakhiri post kali ini,cuba lah hayati video di bawah ini..semoga kita mendapat petunjuk daripada Allah SWT.Nantikan post seterusnya tips menghadapi exam!!

Sekian,With Ukhuwah We Care

Credit: Minda Pemuda


Artikel berkaitan:

Thursday, October 9, 2014

Korban Di Aidiladha

Assalamu’alaikum w.t.b

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang untuk merencanakan satu lagi  post,kali ini berkaitan dengan fadhilat korban di Aidiladha.Semalam 13 zulhijjah pastinya adalah tarikh terakhir untuk kita melakukan amalan yang sangat dituntut dalam Islam ini.Seruan untuk berkorban ini ada dinyatakan dalam Surah Al-Kautsar ayat 2:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. 

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.Semoga korban yang dilakukan diterima Allah SWT,In Shaa Allah..

Terima Kasih di atas sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Syria dan Vietnam bagi menjayakan korban di Syria dan Vietnam

Saturday, October 4, 2014

Zulhijjah Bulan Korban

Assalamu’alaikum w.t.b

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang kepada kita untuk beribadah kepadaNYA.

Alhamdulillah juga kerana kita sampai ke hari yang penuh bersejarah bagi umat Islam ini bagi menyambut hari yang bersejarah bagi umat Islam ini.



Siapa yang berpuasa hari ni? Angkat tangan untuk diri sendiri...

Rakyat Islam Malaysia perlu berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan 9Zulhijjah 1435H walaupun hari Wukuf di Arab Saudi adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014.

Wednesday, October 1, 2014

Karnival Penghayatan Islam Ke-5 Melabuhkan Tirainya

Assalamu’alaikum w.t.b

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang kepada kita untuk beribadah kepadaNYA. Alhamdulillah dengan kesempatan masa yang diberikan ini juga, kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan Rasullullah s.a.w.

Forum Pergi Tiada Pengganti menandakan berakhirnya KPI-5 anjuran BADAR UTeM dan HEPA

Tuesday, September 23, 2014

Sekitar Diari Karnival Penghayatan Islam Ke-5

12 September 2014

Bertemu lagi kita dalam program terbesar Badan Dakwah dan Rohani iaitu Karnival Penghayatan Islam ke-5.Program pertama yang menjengah pengunjung pada Karnival Penghayatan Islam Ke-5 anjuran Badan Dakwah dan Rohani UTeM dengan kerjasama HEPA ini adalah ceramah Tausiyyah Rasulullah bertempat di mana lagi kalau bukan Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM yang sudah menjadi rumah kepada persatuan ini.Diadakan pada hari Jumaat,penghulu segala hari,program ini sangat menarik bagi semua peserta yang hadir kerana berpeluang bersama –sama bermuhasabah diri dan berasa lebih dekat dengan Allah.Ustaz Ebit Lew yang menjadi penceramah pada program ini juga menceritakan riwayat atau kisah hidup Rasulullah yang sangat sempurna dan mengingatkan peserta untuk terus berdakwah di bumi Allah dan bersama-sama istiqamah dalam setiap perkara yang dibuat.


Sekitar Program Tausiyyah Rasulullah

Friday, July 18, 2014

Pencarian Lailatul Qadar Bermula..

Syukur kepada Allah SWT kerana kita sudah berjaya mengharungi sehingga hampir ke penghujung Ramadan dan Ramadan bakal meninggalkan kita.Adakah inilah Ramadan terakhir kita?Menjelang 10 malam terakhir Ramadan ini,marilah kita bermuhasabah diri setakat mana ibadat kita kepada Allah SWT,adakah ianya cukup?Inilah kelebihan yang Allah beri kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu Lailatul Qadar yang besar fadhilatnya kepada kita,sungguh Allah memahami kelemahan kita kerana Allah adalah penciptanya.

Keistimewaan malam ini sungguh terserlah berdasarkan riwayat daripada Ali bin Aurah:Pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun lalu para sahabat kagum.Kemudian turunnya ayat daripada Allah SWT yang lebih baik daripada amalan mereka itu.Malaikat Jibril a.s. pun membaca surah al-Qadr dan Jibril berkata ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan menjadikan Raulullah SAW dan para sahabat amat kagum.
Tweet: Pencarian Lailatul Qadar Bermula..
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/07/pencarian-lailatul-qadar-bermula.html

Thursday, July 17, 2014

GAZA TERUS DIINJAK: Diam berpeluk tubuh atau Apa tindakan kita?

Hari demi hari Gaza, Palestin makin terus diinjak, dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis-Israel.
Lebih malang lagi, mereka terus dibedil di tanah air mereka sendiri.

Rumah dirobohkan, dihalau keluar, malah disekat bantuan terus sampai kepada mereka.

Penduduk Gaza ditangkap, dan diseksa tanpa wujud nilai kemanusiaan.
Bom diletuskan kepada kanak-kanak, kaum wanita dan penduduk yang lemah tidak berdaya melawan.

Apakah kita sanggup hanya dengan melihatnya?



Tweet: http://ctt.ec/928PB+

Monday, July 14, 2014

Ramadan Bulan Al-Quran

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana sampainya kita pada hari diturunkannya kitab agung yang memberi rahmat kepada seluruh umat manusia.Selawat dan salam ke atas baginda Muhammad SAW yang telah terpilih sebagai penerima wahyu ini serta para sahabat dan ahli keluarga baginda yang telah membawa kitab agung ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Nuzul bermaksud turun dari atas ke bawah
Tweet: Ramadan Bulan Al-Quran
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/07/ramadan-bulan-al-quran.htmlMalam jumaat 17 Ramadan telah menjadi hari yang cukup bersejarah kepada seluruh umat manusia di mana Allah telah menurunkan seluruh Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum disampaikan pula secara berperingkat-peringkat kepada baginda Rasulullah SAW selama 23 tahun.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Bukan Sekadar Lapar dan Dahaga



12 bulan saban menanti,
Di dalamnya tarbiyyah pemantapan diri,
kini tiba Ramadhan dirindui,
Pembinaan taqwa kepada Ilahi.


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi nafas untuk sampai kepada bulan Ramadhan Kareem ini. Selawat dan salam ke atas baginda Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat yang telah menjadikan Islam itu sampai kepada seluruh umatnya sehingga kita dapat merasai ketika ini.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,


Apabila datangnya bulan ramadhan, perkara utama yang terlintas di dalam kotak pemikiran kita sudah tentu tentang kelaparan kerana tidak boleh makan dan minum. Terpaksa bangun awal untuk bersahur, dan menunggu berjam-jam untuk berbuka. Di saat itu, barulah teruji iman melihat hidangan air ribena, dan air sunquick dituang ketika menonton televisyen. Di saat itu barulah kita terliur melihat kek secret recipe yang terpamer di kedainya walaupun kita tiap-tiap lalu, buat tidak endah.

Tweet: Ramadan Bukan Sekadar Lapar dan Dahaga
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/06/ramadhan-bukan-sekadar-lapar-dan-dahaga.html
Tetapi


Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Sedar tidak sedar,kita sudah pun hampir bertemu Ramadan,bulan mulia yang sentiasa dinanti-nantikan orang yang beriman.Di bulan yang mulia ini,semua umat Islam diwajibkan berpuasa sepertimana yang ada di dalam rukun Islam.Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 183:

2:183
Wahai orang-orang yang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa.( al-Baqarah 2:183)
Tweet: Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak
http://badarutem2u.blogspot.com/2014/06/selamat-menyambut-bulan-ramadan-al.html

Persediaan yang telah dilakukan terutama di bulan Syaaban bagi menghadapi bulan yang mulia ini sudah pasti akan diuji keberhasilannya dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Monday, June 2, 2014

Ujian Ukuran Keimanan Kita Kepada Allah SWT


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat UTeM serta BADARian yang dikasihi oleh Allah swt…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang masih memberi ruang dan peluang untuk terus berkongsi ilmu,berkongsi idea serta pandangan di ruangan ini..Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, dan sahabat baginda..Cukup besar pengorbanan seorang insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah, insan yang mana dikasihi insan di bumi dan juga dilangit.Pengorbanan dan penat lelah yang telah dicurahkan sepanjang hidup baginda menyebabkan Islam telah tersebar dimuka bumi dan dapat dinikmati oleh kita pada hari ini dengan aman dan damai..Alhamdulillah…

Tweet: http://ctt.ec/6P6t4+Bercerita berkaitan coretan hidup kita sebagai seorang pelajar banyak perkara yang perlu kita ambil peduli dan cakna dalam usaha kita untuk menjadi seorang pelajar yang mana bukan hanya cemerlang daripada segi akademik tetapi juga cemerlang daripada sudut sahsiah dan  agama

Monday, May 19, 2014

Ujian dan Ujian

Manusia tidak akan dapat lari daripada ditimpa masalah…

baik orang kaya…mahupun orang miskin…
kerana apa??
kerana masalah itu merupakan ujian bagi manusia…
selagi kita hidup, kita akan sering diuji…
kerana apa??
kerana….hidup itu adalah ujian…

Ujian yang datang itu daripada siapa???

Setiap apa yang tercipta pasti ada penciptanya…
begitu juga dengan ujian…
ujian hidup datangnya daripada siapa??
siapa lagi kalau bukan pencipta kita…
Allah Tuhan Semesta Alam…

Kenapa kita sering diuji???

Monday, May 12, 2014

Ikhtilat Yang Dilupakan

Apa hukum perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting )?…


JAWAPAN :

Tidak harus atau haram hukumnya perbualan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram melalui internet ( Chatting ) kecuali pada had yang sangat diperlukan sahaja.

Ini kerana  

Monday, May 5, 2014

Hadiah Untuk Si Gadis

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum w.b.t ..
Setelah berminggu-minggu edisi , namun tiada tersentuh tentang si gadis .

Sebelum memulakan edisi ini , ingin saya hadiahkan serangkap pantun untuk si pembaca setia .

Bunga raya bunga kemboja ,
Mekar indah di taman syurga ,
Lahir dia pengubat lara ,
Wanita solehah yang Allah jaga .

“Dunia adalah perhiasan , sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah “
-(HR Muslim , Nasai’ , Ibn Majah dan Ahmad)

Wanita yang Allah J
Ini yang ingin saya huraikan .

Cantiknya islam boleh saya gambarkan dengan penjagaan ke atas wanita . berbanding lelaki , wanita lebih

Monday, April 28, 2014

Nota Hati Seorang Insan

Hari berganti hari,
Perjalanan seorang insan yang bernama manusia,
Tidak pernah terhenti menjalankan tugasnya,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi roh tidak terpisah dengan jasad,
Segala suruhan dan syariat yang telah ditetapkan,
Ke atas setiap anak cucu adam,
Perlu diikuti dan dipatuhi ,
Dikala akal boleh berfikir dan waras.

Tetapi,

Monday, April 21, 2014

Dunia Hanya Sementara,Akhirat Kekal Abadi

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka lupa tujuan hidup mereka ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia . Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka.

Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Adakalanya menang adakalanya kalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...