Pada 25-27 November yang lalu, Exco Kepimpinan dan Dakwah BADAR UTeM telah mengadakan program Kem Kembara Iman 2011. Program yang mendapat kerjasama HEPA ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan utama Kem Kembara Iman ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan cara hidup yang berlandaskan syariah Islam terutamanya kepada mahasiswa baru agar tidak mengalami kejutan budaya yang drastik setelah berada di universiti. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti yang dilaksanakan.
Wednesday, November 30, 2011
10 pengajaran daripada peristiwa Hijrah
1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)
Tuesday, November 22, 2011
Terapi Sunnah: Cinta Sunnah, Cinta Rasulullah
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim
APA ITU BEKAM (Al-Hijamah)
Teknik berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dan sebagainya.
Saturday, November 19, 2011
Kenapa Anda Tidak Solat?
Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.
Pengajaran: Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.
Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?
152,182 Anak Luar Nikah Sepanjang 2008-2010
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.
Friday, November 11, 2011
Tuesday, November 8, 2011
"Walau di mana diri bertapak, Di situ Islam disanjung"
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt.
Oleh: NOR NADIA BINTI ZAKARIA
Exco Hal Ehwal Siswi BADAR
Puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah swt, yang dengan sifat arrahman dan arrahimnya kita tidak putus-putus dengan pemberian nikmat dariNya. Agungkanlah kalimat takbir, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahil hamd. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan segala pujian untukNya. Moga masih tidak terlambat dan terlewat untuk saya mengucapkan Salam Eidul Adha buat semua umat Islam khususnya warga UTeM. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu ‘aamin wa antum bikhayr (May Allah accept it from us and you and may you be well every year). Ameen...
Sunday, November 6, 2011
PTPTN mahu henti pinjaman perbelanjaan mulai 2013
TEMERLOH, 4 Nov ― Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.
Katanya Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.
Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.
Friday, November 4, 2011
GEMPAR! Seksualiti Merdeka 2011
Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbt.
Oleh: NURHUSNA ISMAIL, NYDP 2 BADAR UTeM
Alhamdulillah kita sudah melangkah ke bulan Zulhijjah, pada 9 Zulhijjah para jemaah haji akan berwukuf di Arafah, semoga Allah memudahkan urusan ibadah haji bagi para jemaah haji disana.
Sedar atau tidak kita telah di kejutkan dengan satu program di negara kita yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.
Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka
"Tahniah BADAR. Fastaqim Kama Umirtu!"
Oleh: Nur Syawana Bte Murad,
Mantan NYDP 2 BADAR 09/10
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat IMAN dan ISLAM yang dikurniakanNya. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
Untuk pengetahuan umum, alhamdulillah baru-baru ini BADAR sesi 2009/2010 telah dianugerahkan sebagai KELAB dan Persatuan yang paling aktif di UTeM. Saya selaku mantan NYDP 2 bagi kepimpinan BADAR sesi 2009/2010 mengucapkan mengucapkan syukur Alhamdulillah dan istghfar atas kurniaan ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penasihat kami Tn.Hj Razali kerana tidak pernah lupa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada kami semua. Begitu juga kepada En.Zakaria yang tidak pernah penat menghulurkan bantuan saat kami meminta pertolongan. Buat barisan mantan pimpinan BADAR 09/10, pimpinan BADAR 10/11, serta semua penggerak BADAR samada yang tercatat di atas kertas mahupun tidak, sesungguhnya hanya ALLAH yang bisa membalas segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan.
Sesungguhnya setiap apa yang dilakukan, janganlah kita harapkan ganjaran bahkan kita lakukan hanyalah semata-mata keranaNya. Segala pengalaman dan gerak kerja bersama adalah satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sepanjang berjuang dan berkerja ini, pasti banyak rintangan dan mehnah yang kita hadapi, semua itu adalah harga yang perlu dibayar untuk suatu perjuangan. BADAR mencorak langkah sebagai medium sebaran dakwah Islamiyah, kita memilih jalan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita bukan memulakan tetapi hanya sebagai mata-mata rantai perjuangan baginda, maka yakinilah akan janji ALLAH SWT.
Jom Kita Rebut 10 Hari Pertama Zulhijjah!!
|
ISU SEMASA:Gempa Bumi Di Negara Jiran, Bali 13 OKTOBER 2011
GEMPA DI BALI INDONESIA,46 CEDERA,19 BANGUNAN ROSAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru-baru ini kita digempar-gempurkan dengan satu kejadian yang sering berlaku di negara jiran kita,Indonesia iaitu Gempa Bumi.
Gempa bumi yang berukuran 6.8 pada skala Richter yang berlaku di Nusa Dua Bali pagi Khamis mengakibatkan 19 bangunan rosak dan 46 orang cedera, termasuk seorang dalam koma dan kritikal. Agensi berita Antara melaporkan mangsa yang kritikal itu menerima rawatan intensif di Hospital Umum Sanglah, Denpasar.
Thursday, November 3, 2011
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Setelah sekian lamanya, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Zulhijjah ini. Kami warga badar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UTeM terutamanya, Moga-moga,dalam kita menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan ini, sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan kisah Nabi Ibrahim serta anaknya. Marilah sama-sama kita mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
Nabi Ibrahim AS. adalah salah seorang Nabi yang termasuk di dalam ulul ‘azmi, iaitu golongan Nabi yang salah satu cirinya memiliki kesabaran yang lebih berbanding manusia biasa. Beliau juga dikenali sebagai abul adyan (baca: bapa agama). Beliau juga merupakan seorang pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 75-76.
Labels:
Ibadah,
Kenali Islam,
Koleksi Artikel,
Tazkirah
Saturday, October 29, 2011
KPI 2011 Melabuhkan Tirai
Oleh: MOHD RIDHWAN BIN SALAMUN
NYDP BADAR 10/11
Assalamu’alaikum w.t.b
NYDP BADAR 10/11
Assalamu’alaikum w.t.b
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, pertama dan selamanya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas kesempatan ini masih lagi diberi ruang dan peluang kepada kita untuk beribadah kepadaNYA. Alhamdulillah dengan kesempatan masa yang diberikan ini juga, kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan Rasullullah s.a.w.
Karnival Penghayatan Islam (KPI) 2011 ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh BADAR selepas melihat kepentingan dan kejayaan KPI 2010 yang lepas. KPI 2011 ini telah berlangsung selama dua minggu bermula dari 17 Oktober sehingga pada hari ini 29 Oktober 2011.
Saturday, October 15, 2011
KPI 2011 FEVER
Bagi menyahut seruan murni kerajaan dalam melahirkan modal insan yang kompeten, BADAR UTeM telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan KPI untuk kesekian kalinya bagi mencapai objektif dan implikasi yang
holistik dan efektif. Tujuan utama KPI ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan kepada warga UTeM
mengenai cara hidup yang berlandaskan syariat Islam terutamanya kepada mahasiswa baru supaya mereka
tidak mengalami kejutan budaya secara drastik setelah berada di universiti. KPI kali ini juga merupakan salah
satu usaha bagi memartabatkan program ini sebagai program tahunan universiti seperti mana yang dijalankan
oleh universiti-universiti yang lain. Ayuh! Bersama memeriahkan KPI 2011.
Thursday, October 13, 2011
"Di Sini Segala Bermula"
13 Oktober 2011 (Khamis) - Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah mengadakan Mesyuarat Perdana Karnival Penghayatan Islam (KPI) 2011 bertempat di Bilik Seminar PBPI, Kampus Induk UTeM. Mesyuarat Perdana yang julung-julung kali diadakan itu dihadiri oleh seramai 100 lebih orang ahli jawatankuasa penggerak KPI 2011 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UTeM. Turut menghadiri, pimpinan-pimpinan BADAR serta Penasihat BADAR, Tuan Haji Razali bin Abdul Jalil. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah KPI 2011, Saudara Mohd Ridhwan bin Salamun merangkap Naib Yang Dipertua BADAR. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan daripada pengarah-pengarah program tentang maklumat program masing-masing. Berikut merupakan senarai program-program yang akan berlangsung sepanjang KPI 2011:
Wednesday, October 12, 2011
PROGRAM-PROGRAM KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM(KPI) MENANTI ANDA!!!!
Thursday, October 6, 2011
Bertudung Labuh Macam Cendawan!
[Bermulalah sebuah kisah]
"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau ni, up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"
Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..
Pesan Roh Kepada Jasad
Bismillahirrahmanirrahim..
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Wednesday, October 5, 2011
Sebab Rasulullah Sukakan KUCING
Nabi menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Monday, October 3, 2011
Isu Panas Filem Hantu Bonceng
Baru- baru ini kita di gempar-gempurkan dengan satu isu yang saya kira agak panas juga di Malaysia. Isu ini meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya mahasiswa dan mahasiswi. Dalam isu-isu yang panas di Malaysia, isu ini adalah isu yang terpanas. Bukan saya seorang sahaja yang merasai kepanasan ini, kalian juga merasa akan kehangatanya,saya pasti akan hal ini.
Saturday, October 1, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Iman Sangat Bernilai
Bismillahirrahmanirrahim....
Syaitan.......Syaitan sangat tahu nilai iman. Syaitan berusaha 24 jam tanpa jemu agar iman kita menjadi lemah malah sebolehnya tercabut terus agar menjadi kawannya di neraka nanti. Itulah cita-cita syaitan. Tanda-tanda iman lemah adalah kita semakin malas mengerjakan perintah Allah. Manakala tanda-tanda iman kuat, kita sangat bersemangat menunaikan suruhan Allah dan menjauhi segala yang dilarang.
Sunday, September 25, 2011
TERAPI SUNNAH
PENGUMUMAN!!!
Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) UTeM
Menganjurkan satu program yang sangat Menarik iaitu Program Terapi Sunnah.
Terdapat banyak benda yang menarik dalam Program terapi Sunnah ini,
antaranya ialah Bekam iaitu membuang darah kotor dalam badan kita supaya sentiasa segar dan sihat selalu. Selain itu juga kita ada Refleksologi, Akupuntur, Kiropraktik, Urutan Tradisional, dan Facial untuk perempuan! khas untuk wanita. Kepada lelaki yang ingin mencuba pun tiada masalah. So,apa lagi,jom join ramai-ramai..
"With Ukhuwah We Care"
(PAKEJ ISTIMEWA RM50 UNTUK MANA-MANA 3 RAWATAN!!!!!)
Ada banyak hadis yang menyebut mengenai kebaikan dan fadhilat bekam, di antaranya :
Dari Ibnu Abbas ra, sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit pening kepala, meringankan pinggang dan mencerahkan mata”.
Dari Ibnu Abbas ra, sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit pening kepala, meringankan pinggang dan mencerahkan mata”.
Wednesday, September 21, 2011
Maki Je Kerja Ko..
kesimpulannya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:
- Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
- Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
Wednesday, September 14, 2011
Jom Puasa 6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jom sahabat-sahabat kita membaca satu kisah yang sangat menarik ini. Harap kita semua mendapat manfaat daripada kisah ini,InsyaALLAH.
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah s.a.w bersama para sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika Rasulullah s.a.w sedang mengajarkan ilmu agama kepada para sahabat , tiba-tiba datang seorang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Kecantikan perempuan tersebut menyebabkan semua para sahabat memandang ke arahnya. Kemudian perempuan tersebut menyatakan hasratnya agar Rasulullah saw mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda saw,tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzu’. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahaba-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan peempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh di belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.
Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya,akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran,kurang beribadat pada waktu malam dan kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa dengan Rasulullah saw dan menceritakan hal suaminya yang mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah saw memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah : Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu’ daripada al-Quran? Jadi aku menbacanya senbanyak tiga kali. Rasulullah saw menjawab: Ya.
Kemudian Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Baragsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka pahalanya seperti berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah saw menjawab : Ya. Dengan keriga-tiga jawapan tersebut,Rasulullah saw dan isterinya meraikan dengan senyuman kesyukuran..
Harap segala intipati-intipati yang kita dapat daripada cerita ini dijadikan amalan kita di dunia yang sementara ini.
“With Ukhuwah We Care”
Sunday, September 11, 2011
Perhatian Kepada Pelajar Kemasukan 2011/2012
TARIKH : 11/9/2011 (Ahad)
Emerald, Bunga Raya, Pulau Gadong : 5.30 - 6.30 p.m
Murni, TTU3 : 8.00 - 9.00 p.m
TTU2, D'Apartment : 9.30 -10.30 p.m
Hubungi : Firdaus (0142370357) / Ezana (0136101142)
Selamat Datang Ke UTeM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat Islam dan nikmat Iman. Tidak lupa juga nikmat kesihatan, yang mana dengan sihat tubuh badan banyak perkara yang berfaedah dapat dilakukan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak. Alhamdulillah.
Dalam kesempatan ini, kami dari barisan pimpinan Badan Dakwah dan Rohani UTeM (BADAR) ingin mengucapkan Selamat Datang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sesi 2011/2012. Semoga pilihan anda memilih UTeM akan menjadi satu kenangan yang paling indah dan manis dalam hidup anda. InsyaALLAH.
Kami di sini mendoakan anda semua sihat walafiat hendaknya dan berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi di UTeM dan di mana-mana sahaja. Semoga mahasiswa dan mahasiswi baru kemasukan 2011/2012 UTeM dapat membiasakan diri dengan cepat dengan keadaan di UTeM dan dapat memulakan pelajaran dengan baik.
Di UTeM banyak persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang boleh anda ceburi untuk meningkatkan lagi "softskill" yang anda miliki dan belajar untuk membahagikan masa dengan baik sekali. Antaranya ialah BADAR,PRS,KEREK dan banyak lagi..
Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan dan tidak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua.
Jangan lupa puasa enam. Banyak ganjaran dan kelebihannya. Selamat Beramal.
"With Ukhuwah,We Care"
Sunday, August 21, 2011
Bilakah Kehadiran Lailatul Qadar??
Tanda-tanda Kehadiran Lailatul Qadar??
Bismillahirrahmanirrahim
Lailatul Qadar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Malam itu diakui lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat termasuk Jibril turun bagi mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Sama seperti kematian, Lailatul Qadar juga dirahsiakan kehadirannya oleh Allah. Ini supaya manusia menggunakan seluruh waktunya beribadah dan mengingati Allah.Rekod Muslim menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedangkan rekod Bukhari menyatakan ia jatuh pada malam ketujuh dan ada yang mengatakan 10 malam terakhir.
Dalam hadis yang direkodkan Ali, Rasulullah berkata,
"Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Apabila kalian kehilangan hari-hari sebelumnya, jangan pula kalian terlepas malam-malam terakhir itu."
Ibnu Umar merekodkan Rasulullah berkata,
"Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Apabila kalian berasa lemah ataupun tidak mampu melaluinya, maka jangan pula kalian kehilangan tujuh malam terakhir."
Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar jatuh pada malam 22 dan terakhir jatuh pada malam ke 28. Ini berdasarkan hadis yang direkodkan Bukhari daripada Ibnu Abbas. Rasulullah berkata "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun Lailatul Qadar itu jatuh pada malam dengan bilangan ganjil."
Daripada hadis yang berbeza, lahirlah pendapat ulama yang pelbagai. Direkodkan terdapat tidak kurang daripada 40 pendapat berbeza perihal tarikh Lailatul Qadar.
Apa pun, Lailatul Qadar mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali selepas malam itu berlalu. Salah satu keistimewaan itu adalah matahari terbit seperti biasa tetapi tidak memancarkan cahaya yang redup. Matahari tidak bersinar terang seperti biasa pada hari sesudah Lailatul Qadar.
Ini berdasarkan hadis daripada Zur Bin Hubaisy. Beliau berkata, saya mendengar Ubay bin Kaab menyatakan,
"Orang yang bangun di tengah malam selama setahun, beliau menemui Lailatul Qadar." Ayahku berkata, "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Lailatul Qadar itu terdapat pada bulan Ramadan.
Demi Tuhan, aku mengetahuinya. Malam manakah itu? Ia malam di mana Rasulullah memerintahkan kita bangun beribadah. Malam itu adalah malam ke 27, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih dan tidak bercahaya seperti biasa."
Direkodkan daripada Ibnu Khuzaimah,
"Sewaktu Lailatul Qadar meninggalkan kita, bumi tidak terasa dingin ataupun panas dan matahari terlihat berwarna merah pudar."
Ahmad merekodkan,
"Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi dan rembulan bersinar."
Malam Lailatul Qadar bukanlah malam yang penuh dengan bintang yang bersinar sebagaimana disangka ramai orang. Namun Lailatur Qadar adalah malam yang mempunyai tempat khusus di sisi Allah. Setiap muslim dianjur mengisi malam itu dengan ibadah dan mendekatkan diri padanya.
Imam Tabari menyatakan, "Tersembunyi Lailatur Qadar adalah bukti pembohongan orang yang menyatakan dalam malam itu ada perkara yang tidak pernah kita lihat pada malam-malam lain sepanjang tahun. Oleh sebab kerahsiaannya, bukan semua orang beribadah sepanjang tahun mendapat Lailatul Qadar."
Ada yang menemui Lailatul Qadar hanya dengan beribadah tanpa melihat sebarang keganjilan. Ada pula sebahagian yang lain melihat keganjilan tanpa disertai ibadah. Dalam hal ini, sudah pasti orang beribadah walaupun tidak melihat sebarang keganjilan lebih utama kedudukannya di sisi Tuhan.
Sebahagian pendapat menyatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah semua yang ada di bumi ini tunduk dan sujud kepada Tuhan. Sebahagian yang lain menyatakan pada malam itu, dunia terang benderang. Kita dapat melihat cahaya di mana-mana sahaja walaupun di tempat-tempat yang biasa gelap.
Ada yang menyatakan orang yang memperolehi Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan percakapan malaikat. Ada pula yang menyatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah doa orang yang diberikan petunjuk dikabulkan.
Jom sama-sama mengejar malam lailatul qadar ini….
Subscribe to:
Posts (Atom)